Oh! Selamat Tahun Baru Cina. Ini Contest Untuk Anda dari Petronas

Masa berlalu amat pantas tanpa sempat menunggu kita semua. Sedar tak sedar, Tahun Baru Cina pun dah kembali. Perayaan ini sememangnya muhibbah kerana disambut seluruh rakyat Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia dapat cuti dan pulang ke kampung. Bagi mereka yang berbangsa cina, tentulah ini perayaan paling dinanti-nantikan setiap tahun. Bagi mereka yang berbangsa Melayu, India dan lain-lain, tentulah mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung merehatkan minda.

Tidak kurang juga ramai yang dapat angpow dan buah limau. Ini yang paling menarik bila tibanya perayaan Tahun Baru Cina ini. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Ada Apa?, Kool, Promosi | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Oh! Pengalaman Memandu Honda Insight Yang Awesome

honda insight

Saya telah diberi peluang untuk menghabiskan masa memandu Honda Insight selama 2 hari 1 malam di sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Port Dickson dan Melaka. Memandu Honda Insight sedikit berbeza dan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana ini kereta hybrid pertama yang saya pandu. Sebelum ini saya cuma mendengar saja tentang kehebatan kereta hybrid tetapi kali ini saya sendiri akan bercerita pengalaman saya memandu kereta hybrid Honda Insight .

Daripada segi penggunaan bahan api atau minyak, saya boleh katakan Honda Insight ialah kereta yang perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin jimat duit minyak anda. Sepanjang perjalanan memandu Honda Insight bermula dari Petaling Jaya ke Port Dickson dan seterusnya Melaka dan pulang semula ke Petaling Jaya, penggunaan minyak hanyalah separuh daripada isian penuh. Saya sendiri terkejut dan kagum dengan kebolehan kereta Hybrid Honda Insight daripada segi penjimatan bahan api.
Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Promosi | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Oh! Potong Rambut Pakai Sabit (10 Gambar)

Dengar sahaja pun dah seram apalagi jika benar-benar perlu menadah kepala untuk rambut dipotong menggunakan sabit. Terus-terang memang tak sanggup! Korang sanggup?

potong-rambut-sabit
potong-rambut-sabit

Lagi gambar.. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Kool | Tagged , , , | Leave a comment

Oh! Polis Kemalangan Langgar Tiang Lampu di Terengganu

Kami di Oh! Tidak juga seperti anda yang sukakan gambar-gambar dari kejadian yang rare. Gambar ini kami terima dari seorang pengirim tidak beridentiti yang berasa pelik bagaimana boleh ada kemalangan di jalan lurus di sebuah daerah di Terengganu. Bila sampai ditempat kejadian, bertambah pelik bila dapat tahu yang kemalangan tersebut adalah sebuah kereta polis. Lebih teruk lagi jeep milik Polis tersebut melanggar tiang lampu hingga tumbang. Apapun Alhamdulillah, kerana tiada nyawa yang terkorban.

Gambar lebih dekat.. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Eksiden | Tagged , , , , , | Leave a comment

Oh! Potong Kepala Isteri Kerana Berang Isteri Curang (18SG)

sembelih-isteri

Seorang lelaki di India ini dikatakan berang kerana mengetahui isterinya mempunyai hubungan istimewa dengan lelaki lain. Oleh kerana perasaan yagn tidak lagi dapat dibendung, lelaki itu telah menyembelih kepala isterinya hingga putus. Kepala tersebut akhirnya di bawa ke balai polis dan lelaki ini akhirnya ditahan. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Gila | Tagged , , | Leave a comment

Oh! Bantuan Belajar Teknik Homeopati Untuk Anak-Anak

Ramai ibu bapa mempunyai kerisauan tentang permasalahan akademik anak-anak mereka. Anak-anak seawal usia 5 tahun, masih ada yang tidak tahu membaca dan tidak mempunyai keinginan untuk mempelajari huruf-huruf dan melakukan pengiraan matematik biasa.

Dengan hanya memberi anak-anak pendidikan ini tidak bermakna cukup untuk mereka cemerlang dalam pelajaran. Ramai ibu bapa tidak tahu otak manusia lebih cepat keletihan berbanding badan manusia ini kerana pada setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Dengan ini Ibu bapa harus memberikan sokongan dan juga bantuan dari segi rangkaian perubatan produk minda bagi memastikan anak-anak mereka memperoleh minda yang cerdas dan pintar. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Ada Apa?, Promosi | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

(Contest) Oh! Gila Tajam Pisau Seramik Ni!

Beberapa hari lalu, kami menerima tempahan barangan kami. Tujuan pembelian barangan ini memang sengaja dilakukan dengan tujuan bagi dijadikan hadiah contest untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada pihak Pisauseramik.com yang dapat mengirimkan kepada kami dengan baik sekali. Dengan packaging yang menarik, 5 bilah pisau Seramik ini selamat sampai ke tangan kami. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Kool | Tagged , , , | Leave a comment

Oh! Gambar Kemesraan Rakyat dan Polis Ketika Perbicaraan Anwar Ibrahim

Semuga gambar ini dirakamkan ketika pehimpunan aman diadakan semasa hari pembicaraan dan pembacaan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat sangat berterima kasih kepada pihak polis kerana dibenarkan dan berjaya mengadakan perhimpunan secara aman biarpun ada satu dua pihak yang sengaja membuat kacau dengan meletupkan bom buatan sendiri.

rakyat-polis

lagi gambar.. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Kool | Tagged , , , | Leave a comment

Oh! Penunggang Motor Yang Mengerikan

Menunggang motosikal memang mengasyikkan. Tak perlu guna aircond dan selalunya memang puas dapat makan angin sepanjang perjalanan. Namun risiko seorang penunggang motosikal amat tinggi dan kami percaya anda semua sedia maklum tentang itu. Penunggang motosikal ibarat mentimun dan durian. Melanggar kenderaan lain dia yang teruk apalagi jika dilanggar pula oleh kenderaan lain. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Sengal | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Oh! Mee Segera Bak Kut Teh Yang Halal

bak kut teh halal

Dari Email yang kami terima:

Aduan Isu Halal dan Logo Halal

Assalamualaikum w.b.t.

Malam semalam saya dan isteri mengunjungi pasaraya JUSCO Wangsa Maju untuk membeli barangan dapur seperti biasa. Ketika melalui bahagian produk mee segera, saya ternampak satu produk yang mengelirukan berkenaan ketulenan halal produk tersebut dan ianya diletakkan bersama produk mee segera yang halal.

Jika tidak silap saya, perkataan Bak Kut Teh adalah penyediaan sup yang menggunakan daging khinzir. Di bawah adalah definisi yang di ambil dari wiki.org:

“The name literally translates as “meat bone tea”, and, at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices (including star anise, cinnamon, cloves, dang gui, fennel seeds and garlic) for hours.”

Selain dari itu, saya mendapati terdapat logo halal swasta, iaitu IFRC International pada produk tersebut. Merujuk kepada website Hab Halal Jakim, permohonan akan ditolak jika produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut the dan sebagainya.

Dilampirkan adalah gambar yang diambil menggunakan telefon Blackberry isteri saya. Diharap pihak media dapat menyiarkan isu ini kepada pengguna Islam lain. Amin.

Terima kasih.
En. Kamal
Kuala Lumpur

Isu ini agak berbahaya sebenarnya. Kita tidak menafikan bahawa terdapat Bak Kut Teh yang halal tanpa mengandungi sebarang kandungan babi di dalamnya. Apa yang membuatkan ianya berbahaya adalah penggunaan nama “Bak Kut Teh Halal” di mana lama-kelamaan pasti akan mengelirukan terutama untuk golongan kanak-kanak, remaja atau sesiapa sahaja yang tidak pernah ambil kisah tentang soal halal dan haram. Lebih bermasalah bila nama Bak Kut Teh itu telah dianggap halal kerana telah sebati dengan produk-produk Bak Kut Teh yang halal terjual di pasaran. Continue reading

Share artikel ini di FB
Posted in Gila | Tagged , , , , | Leave a comment