Oh! Surat Cinta Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Kereta

Sering kita lihat kemalangan yang melibatkan dua pihak antara motosikal dan kereta di mana selalunya penunggang motosikal akan lebih parah berbanding pemandu kereta atau lebih menyedihkan lagi, penunggang motosikal selalunya akan menjadi mangsa korban. Adakah benar penunggang motosikal tidak mempunyai disiplin di atas jalanraya? Ya mungkin juga benar tapi usah melabelkan sikap seperti itu kepada semua yang menunggang motosikal kerana apa kurangnya dengan yang memandu kereta malah lebih teruk lagi. Banyak terjadi pemandu kereta tidak mengambil-berat akan kewujudan penunggang motosikal di atas jalanraya di mana selalu alasan yang didengar, mangsa yang menunggang motosikal tidak disedari oleh pemandu.

Ini adalah yang kami gelarkan “Surat Cinta” yang diambil dari perkongsian di Facebook dan ditujukan kepada semua pemandu kereta di Malaysia terutamanya yang seumur hidupnya hanya memandu kereta dan tidak pernah sekali pun merasai pengalaman menunggang motosikal.

ohtidak-kemalangan-motosikal

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggangmotor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak. [Read more...]

Oh! Cara baru si penipu menjual telefon pintar di internet yang perlu anda tahu

ohtidak-smartphone-scam-mudah

Penipuan melalui jual-beli di internet bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Kita seringkali dingatkan kalau nak buat pembelian di internet, pastikan Cash on Delivery (COD) barulah beli. Tengok barang, puas hati dan kemudian barulah bayar secara tunai. Tapi kejadian yang akan kami kongsikan ini adalah pembelian berasaskan COD tetapi tetap menjadi mangsa penipuan. Bagaimanakah penipuan ini dilakukan si durjana? Bagaimanakah modus operandi mereka kali ini? Encik A menghubungi kami untuk berkongsikan pengalaman tertipu yang dilaluinya minggu lepas.

——

Salam..saya En A..salah seorang dari pengguna mudah.my..setahun berurusan dgn mudah, tiada sebarang masalah mahupun penipuan yang saya alami..sehinggalah 21.2.2013..

21.2.2013 – Pada jam 1pm saya membuka mudah.my untuk mencari iphone 5 yang ditempah oleh seorang dari pelanggan saya.utk pengetahuan saya seorang dealer telefon..jadi saya akan mencari telefon yang lebih murah pada harga pasaran dan akn menjualnya kepada pelanggan saya.selepas bertanya berkenaan dengan iklan yang disiarkan,si penjual (wanita dlm lingkungan awal 30an org utara berdasarkan loghat aka si puaka) mengesahkan iphone 5 masih ada stok.dia buka harga RM1900..setelah proses tawar menawar,si puaka tersebut bersetuju utk menjualnya pada harga RM1750. [Read more...]

Oh! Gagal Ujian Air Kencing Kerana Produk Kesihatan

ohtidak-kopi-thailand-heroin-1

Diharapkan korang sentiasa berhati-hati apabila mengambil sesuatu produk kesihatan atau untuk menguruskan badan. kisah ini baru sahaja terjadi kepada seorang kawan hari ini. Kerana inginkan keputusan yang cepat dalam menguruskan badan, dia gagal dalam ujian air kencing setelah meminum satu produk kopi yang dibuat di Thailand. Setelah disiasat rupa-rupanya kandungan kopi ini mengandungi heroin. [Read more...]

Oh! Scam penjualan telefon pintar secara pukal

ohtidak-scam-smartphones

Beberapa hari lalu, Oh! Tidak menerima satu email yang berkongsikan tentang kisah seorang usahawan melayu yang baru bertapak di dalam bidang perniagaan telefon pintar telah ditipu oleh seorang wanita melayu yang kononnya membekalkan telefon pintar murah untuk dibeli secara pukal pada harga yang murah. Bagaimana sebuah perniagaan ini diyakini pada awalnya, itulah yang perlu anda tahu. Pelbagai cara digunakan bagi meyakinkan mangsa mereka. Lebih parah wanita ini dimaklumkan masih lagi aktif sehingga ke hari ini. Ikuti kisah berikut:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mulakan bicara, biar aku cerita serba sedikit bagaimana aku boleh kena tipu. Aku seorang anak muda muslim yang tekad untuk buat bisnes sendiri. Sejak dulu lagi memang aku minat dalam dunia bisnes ni. Nak dijadikan cerita, aku telahpun mendaftar sebuah syarikat berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tujuannya adalah supaya pelanggan lebih yakin untuk berurus niaga dengan aku. Aku buka syarikat untuk menjual telefon bimbit dan aksesori telefon bimbit.

Disebabkan aku ni baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan ‘secara formal’, aku buntu nak cari pembekal barang untuk dijual. Siang malam aku mengadap komputer untuk mencari pembekal. Sebelum ni aku ambik smartphone di KL, tapi harganya agak mahal. Jadi, aku mencari pembekal lain yang lebih murah. Lalu, aku meminta pandangan kawan aku, kat mana boleh aku cari pembekal telefon bimbit yang murah? Lalu kawan aku tu pun mencadangkan aku untuk melayari sebuah laman web (dirahsiakan). [Read more...]

Oh! Kisah Pengajaran Ditipu Ketika Membeli Smartphone

Setiap hari sebenarnya boleh dikatakan pasti ada yang tertipu apabila membeli handphone baru lebih-lebih lagi jika kurangnya pengetahuan tentang smartphones. Antara yang selalu menjadi mangsa penipuan ni adalah kaum wanita dan juga orang tua. Kesian sebenarnya lihat makcik pakcik kat kampung yang selalu tertipu. Beli phone dengan harga mahal, percuma itu ini tapi sebenarnya dapat phone tiruan. Kami menerima satu kisah dari seorang pembaca Oh! Tidak untuk dikongsikan bersama anda semua agar dapat jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Kalau bukan kita yang ditipu, tak mustahil akak, adik, ibu atau kawan-kawan kita yang tertipu. Jadi, ambillah pedoman dari apa yang akan dikongsikan ini.

Email yang diterima:

ohtidak-plaza-alam-sentral-1

Salam buat semua penggemar smartphone..especially Samsung Galaxy..aku nak share cerita pengajaran membeli telefon untuk semua orang yg berhajat nak beli..

Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’… [Read more...]

Blog Widget by LinkWithin