Oh! Domino’s Pizza Berbumbung Salib Kristian di Dua Lokasi Berbeza

Domino’s Pizza merupakan satu jenama Pizza yang kian popular di Malaysia. Apa yang akan Oh! Tidak bangkitkan ini bukanlah berniat apa-apa, cuma anggaplah ia sebagai satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak tertentu sebelum menjadi lebih serius lagi. Semalam, kami menerima gambar di bawah berkenaan Domino Pizza yang “berbumbungkan” sebuah gereja.

Gambar di atas ini adalah Domino Pizza di Setiawan, Perak. Anda boleh membaca kisah lengkap di blog ini.

Selepas melihat gambar ini, kami tidak rasa apa-apa dan mungkin ianya hanya kebetulan semata-mata. Lagipun kita ke Domino Pizza untuk makan dan kewujudan gereja di situ langsung tak menjadi apa-apa masalah. Maka kami biarkan ia begitu sahaja. Sehinggalah sebentar tadi kami menerima satu lagi gambar berikut dari followers OH! Media (melalui email). Kali ini lokasinya di Kulaijaya.

Screenshot email yang kami terima:

Bila dah dua gambar kami terima, apa yang boleh kami katakan ianya tidak kelihatan seperti kebetulan. Secara logiknya anda boleh fikirkan. Apapun diharapkan pihak Domino’s Pizza dapat mencari lokasi yang lebih baik lagi untuk para penggemar Pizza di negara ini.

Apa pendapat anda berkenaan isu ini? Suratan atau kebetulan?

Penafian: Ini bukan post bersifat racist atau mencela mana-mana agama. Umat Islam sentiasa menghormati agama lain seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Kita di Malaysia sentiasa akan hidup dalam keadaan sayang-menyanagi antara satu sama lain tidak kira agama mahupun bangsa. Kami berharap pembaca Oh! Tidak lebih bersikap terbuka dengan apa yang disampaikan ini.

Update: Apa pendapat ulama’ berkenaan perkara ini?

Apa yang boleh disimpulkan, jika anda berada di dua lokasi tersebut, anda buat delivery aje sudahlah. Dail sahaja 1-300-888-333 lebih mudah dan senang. Penyampaian info ini selesai di sini buat masa ini. Jika terdapat perkembangan dari pihak berkaitan, kami akan update semula.

gayekinisya

346 comments
Nikina97
Nikina97

Bukan nak cakap la, tapi boleh tak elakkan post mcm ni? Sbb ada perselisihan faham akan berlaku jika hal gini berterusan. Hormati agama orang lain dan agama sendiri akan dihormati. Peace, no war.

cindarella jacinta
cindarella jacinta

pendek kata, elakkan memakan fast food cmni...kalau kita rasa was2..baik xpyh mkn.kdg2 mkn benda2 mcmnila yg buat kita mls solat, buat maksiat..xtau susur galur bagaimana sesuatu makanan tu dihasilkan.tu sbb org dulu2 teguh agama dia walaupun dijajah oleh barat.tp hari ni tgkla,kita yg blumba2 nk keluar agama..sbb mknan yg mcmnila..

abys
abys

wahai saudara2 islam .....janganlah kita bergadoh disebabkan makanan segera ini....kamu mengutuk saudara2 islam kamu sendiri di comment ini...memuja sgt makanan ringan ni...apalah kebaikannya..?cu citer sikit =)

abys
abys

Niat xmenghalalkan cara....Moga jauhi kalau dah terang2 seperti itu..perlukan kita mengejar nafsu makan kita , sanggup nak betulkan niat sampai camtu sekali?

Cik Nor
Cik Nor

Hi Oh Media.Thanks for the highlighted issue. Domino's Pizza ni HALAL. can check with Jakim. Yang penting niat kita ke tempat itu. Kepada insan insan yang cepat melatah di luar sana, Jangan lah fikir negative. datang untuk makan kan, bukan ke Gereja. Yang penting Nawaitu. BTW, Domino's sign tenancy dulu before church. Masa mula mula dapat site ni, belah atas tu memang untuk rent. Then, after dah sign Ten agreement and constuct baru lah church ni masuk. pemilik bangunan tak share pun dengan pihak Domino's. Domino's ni HALAL, ketua department yang in-charge and follow up with Jakim tentang semua product adalah Islam. Pihak pengurusan atasan pun ramai golongan Islam. Terpulang lah nak percaya or nak cakap apa. cuma buka minda luas-luas. Kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah tanpa usul selidik dulu, fikir lah Fitnah tu berat tau.

Lagi satu, kenapa para blogger (bukan Oh! Media) yang bukan main rancak lagi cerita pasal boikot and cakap ada sangkut paut dengan Christ, tak hadir kan diri masa pelancaran opening store berkenaan setelah dijemput oleh HALAL Domino's. sedangkan pelancaran tersebut turut dijemput pihak Jakim, city council dll. Peace :)

Syazwan Zulhelmy
Syazwan Zulhelmy

Ske atila dominos tu nk bkk kt mne..itu hak dia..klu rs nk mkn,korg prgi, klu xnk,duk diam2..xpyh sntiasa nk komen bnda yg xmemajukan pikiran...konsep same dgn pgunaan hiway..klu rs tol itu mhl..then gune jln biasa sudah..pilihn kt tgn msing2..dominos tu hji abu punye k?(bkn nme sbnr) ataupun hji ali pnye?

Victoryna Sailly
Victoryna Sailly

Ntah..org kristian duduk berteduh kt masjid pn xda plak org kristian ckp hrm..xdosa pnnnnn.....!!!! Ni kan plak pasal domino pizza bsblhan dgn gereja dh ckp hrm..gereja je pn bkn nyer buat maksiat kt ctu,lau buat maksiat br la hrm ataupun bdosa...

Rashid Mohammad
Rashid Mohammad

ikut keyakinan,ragu2 takyah la mkn.pastikan sijil HALAL original telah disahkan oleh jakim,psl salib kt atas tu M'sia ni bnyk ada,tokong cina besebelahan kedai2 makan,malah di kantin pun ada.yg pasti sy tak pernah mkn domino pizza ni atau lokasi yg dimaksudkan.

Naim Mohamad
Naim Mohamad

kan owner dia yahudi, pi la beli pizza kat psr malam, dah nyata halal toyiba

Ahlami Aq
Ahlami Aq

yg orang islam letak ayat alquran dalam kedai.. tak de pun agama lain bising.....

Ahlami Aq
Ahlami Aq

ape maslahnya dengan palang salib tu..kan pemiliknya beragama kristian..

Noor Adzlan
Noor Adzlan

yg terbaru d sitiawan perak..bru sbln bkak atas de church gak..

Mark Aj
Mark Aj

Mmg btl pn Ahmad ayud..

hairan
hairan

aduhai .. sapa yang tulis artikel ni?? mana 1 malaysia? lu pikirla sendiri. ini pun nak jadi satu isu. lu pikir ada warta cakap kedai x boleh dekat situ?? nampak sangat kurang pembelajaran. boleh daftar oku ni.

Ahmad Ayub
Ahmad Ayub

Kalau orang non Muslim punya mentality pun mcm tu, mereka pun takut pergi makan di kedai melayulah nanti kena convert. Mcm tu kah mentality. Orang non Muslim makan kat kedai Melayu ada simbol2 agama Islam dan pasang lagu2 agama kamu tiada isu pun.

Vivek Arumugam
Vivek Arumugam

Bukan non-muslim akan backup, kawan2 yg open minded semua akn backup. Yg berfikiran kolot tu akn masuk pintu blakang Domino. :-P

Izam Zamzam
Izam Zamzam

Dalam islam,jika sesuatu boleh menimbulkan keraguan ,kita diberi pilihan buat keputusan dimana Elakkan daripada perkara tersebut.berfikir dengan waras dan buatlah keputusan yg terbaik.kerana kita diberi petunjuk dr Allah jika selalu berfikir untuk demi kearah kebaikkan diri sendiri tanpa menghianati org lain dan mendapat redha Allah..Makanan adalh sumber yg menjadi darah daging manusia yg mana menjadi darah/daging serta berkaitan Halal dan haram...tepuk dada tanya selera..

kelantenese
kelantenese like.author.displayName 1 Like

alhamdulillah kelantan xde lambang salib.

nessC
nessC

@kelantenese tp ada patung budha yg besar~~~

Paduka Aduka
Paduka Aduka

dah tentu2 pizza tu akan sumbang kan pada church dgn sewa bangunan tue... so secara tidak langsung kita pun sumbang kan untuk pembangunan church tue.... elak kan dn jagn pegi terus.... kt kg aku nie..huhhuhu

UstazAbuYazizShafie
UstazAbuYazizShafie like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

Assalamu'alaikum Warah Matullah Wabarakatuh,

 

Terima kasih atas maklum balas dan pandangan yang diberikan mengenai kedai kami yang terletak di Manjung, Perak.

 

Merujuk kepada catatan blog dan laman sesawang yang dikongsi bersama, terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan masyarakat tempatan untuk menjelaskan kedudukan kami berhubung perkara yang dibangkitkan.

 

Kami peka terhadap sensitiviti semua agama dan bangsa dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami. Semua cawangan yang kami kendalikan tidak bersekutu atau bergabung dengan mana-mana kumpulan agama atau berkaitan dengan mana-mana parti politik. Malah, kami telah memilih lokasi cawangan kami berdasarkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza berkualiti kepada masyarakat tempatan.

 

Untuk makluman anda, Domino's Pizza menandatangani perjanjian sewa premis kami yang sedia ada di Manjung, Perak pada 14 Mei 2012 dan kami telah memasuki premis tersebut pada 4 Jun 2012. Ini adalah sebelum kami dimaklumkan mengenai rumah ibadah yang beroperasi di tingkat atas premis semasa kerja-kerja pengubahsuaian kedai kami dilakukan. Kami ingin menekankan bahawa Domino’s Pizza tiada kaitan langsung dengan pertubuhan agama yang disebutkan kerana kami adalah entiti persendirian yang dikendalikan atas dasar perniagaan.

 

Untuk menangani selanjutnya beberapa perkara yang dikhuatiri masyarakat Manjung, Domino’s Pizza telah mengadakan sesi dialog untuk bertemu dan menjelaskan perkara ini dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan pada 14 Jun 2012. Sesi dialog tersebut diadakan untuk menyelesaikan salah faham dan spekulasi kerana kami peka terhadap keperluan pelanggan kami.

 

Antara yang hadir ialah Jawatankuasa Halal dan Penasihat Halal Domino’s Pizza, Imam dari Masjid Daerah Manjung, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Masjid Daerah Manjung, wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur, wakil dari Pejabat Kesihatan, Majlis Agama Islam Bahagian Manjung, dan masyarakat tempatan Manjung yang terdiri daripada pegawai bank, guru sekolah dan pembantu kedai. Sesi tersebut juga memaparkan latar belakang Domino’s Pizza sebagai sebuah syarikat perniagaan dan pengendali perkhidmatan makanan HALAL di Malaysia. Domino's Pizza ialah sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai “HALAL” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), badan yang bertanggungjawab terhadap piawaian pensijilan halal bagi semua premis makanan. Kami memikul tanggungjawab ini secara serius dan memastikan bahawa semua cawangan kami beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan setiap hari. Kami juga mengambil langkah teliti untuk memastikan bahawa kami tidak melanggar Akta dan Peraturan Makanan HALAL, dan ini termasuk menjamin status HALAL bagi bahan makanan mentah, penyediaan makanan dan kebersihan premis, dapur dan kedai secara keseluruhan dan juga proses penyediaan makanan.

 

Kami peka terhadap keperluan pelanggan di Malaysia dan memahami betapa pentingnya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kami ingin memaklumkan pelanggan kami bahawa premis kami diperiksa oleh pegawai JAKIM dari masa ke masa untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan. Di samping itu, bahagian audit dalaman menjalankan audit HALAL setiap tiga bulan di semua premis Domino’s.

 

Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas maklum balas yang diberikan dan sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya di halaman Facebook: http://www.facebook.com/ustaz.abu.yaziz atau En Shamsul Amree, Timbalan Pengurus Besar Domino's Pizza Malaysia & Singapore di email: shamsul.amree@dominos.com.my

 

Yang ikhlas,

 

Ustaz Hj. Abu Yaziz @ Mohamad Bin Shafie

Penasihat Halal Domino’s Pizza Malaysia & Singapura

(Mikenwill Group of Companies)

MoonNightNobilities
MoonNightNobilities like.author.displayName 1 Like

 @UstazAbuYazizShafie alhamdulillah. jadi sekarang isu remeh yang berbangkit ni sudah ada penyelesaian. yang menjadi kepentingan ialah status halal haram makan di situ. tapi seandainya petugas JAKIM sentiasa mengemas-kini perkembangan, maka tidak ada masalah lagi dengan isu halal haram. hanya yang tinggal isu sensitiviti cultural. pasti ada orang yang sedikit hairan kalau orang melayu islam masuk makan ke kedai domino pizza yang terletak di bawah gereja, terutamanya orang-orang tua yang sangat menjaga adab kesopanan, sebab kelakuan itu mencemar tradisi. penyelesaiannya pun dah UAI beri, call aje kalau still nak makan. yang pentingnya, at least non-muslim akan faham status halal haram ini sangat sangat sangat penting untuk orang melayu islam. nice work OhMedia! for getting to this, and thanks to Ustaz Hj. Abu Yaziz for assisting to solution..~ to non-muslim, just understand what its mean for something taboo to us, as long as it does not being cross over, it can be settled, and this is totally not racist. this is fiqih problems to us, not racist statement, both are different. so its settled, we're, especially me, satisfied, and i hope non-muslim understood already.

Joa Jamil Buaya
Joa Jamil Buaya

saya juga muslim. saya bukan tidak faham, cuma saya dah bosan bila orang yang tidak faham Islam, mengatakan Islam ni agama yang tiada tolak ansur dan mengajar pengikutnya pentingkan diri tanpa fikirkan yang orang lain juga punya keprcayaan sendiri. pada saya, selagi mereka tidak menghina Islam atau cuba memurtadkan muslim, jangan ganggu mereka. kalau ada usaha mengancam Islam, barulah kita bertindak

Farid Casablancas
Farid Casablancas

pasal Pizza pon bergaduh.. Bukan sedap pon Pizza tu.. adoiyaiii..

Victoryna Sailly
Victoryna Sailly

Nk sgt mkn pizza..xreti masak kt umh Ker smpai mkn kt luar? Xreti msk or Mls msk???

Ruben Manoharan
Ruben Manoharan

Oh Media...... Oh.... Oh.... Tolong postkan agenda yg membangunkan negara... Bukan racist.... Terima kasih... Oh... Oh......

SyauqyAmin
SyauqyAmin like.author.displayName 1 Like

Ini hanyalalah pandangan peribadi...

1. Saya setuju jika nak elak fitnah jangan makan di situ....call ajer...

2. Bangunan milik siapa bergantung kepada pemilik bangunan...kalau kita sebagai orang Islam nak bli bangunan atas Domino pon boleh nak letak surau atau masjid dekat atas pon boleh ganti kan gereja...

3.  Mari kita kaji dengan lebih dalam terutamanya diluar negara terutamanya  seperti di UK, US, umat islam menyewa dan membeli Gereja untuk dijadikan Masjid...

4. Mari kita lihat sejarah saidina Umar ketika sampai di Baitul Muqaddis, beliau solat di Gereja ada pandangan kata dalam ada yang kata dalam...

5. Pendekatan yang sama iaitu mewujudkan salah faham terutama diantara muslim dengan non hanyalah menimubulkan fitnah dan perbahasan malahan boleh sampai kepada peperanganLets think out of the BOX...

maafkan kami as a muslim yer sebab ada penulis perlukan penjelasan yang lebih...

Saya akhiri dengan Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab iaitu (Krisitian dan Yahudi), marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam

Al Imran (3:64)

Bible (Numbers 23:19)God is not human, that he should lie, not a human being, that he should change his mind  dan

 (Exodus 20:1-17)1. You shall have no other gods before me. 2.  You shall not make for yourself any carved image, or any likeness of anything that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth; you shall not bow down to them norserve them. For I, the Lord your God, am a jealous God, visiting the iniquity of the fathers on the children to the third and fourth generations of those who hate me, but showing mercy to thousands, to those wholove Me and keep My commandments @Pembaca Rasional @canggul @MoonNightNobilities @caiyok 

Ahmad Ayub
Ahmad Ayub

Di Sabah and Sarawak Church, Masjid, KUil boleh sebelah bersebelahan, no problem. Tapi d West Malaysia sorrylah. Kalau mentality mcm ni susahlah.

Oh! Media
Oh! Media

Non muslim akan backup. Yg islam akan mengerti. Satu tempat, kebetulan. Bila dah dua tiga tempat, bukan lagi kebetulan. Terpulang kepada anda. Penyampaian maklumat kami tamat di sini. Assalamualaikum.

Ahmad Ayub
Ahmad Ayub

Bikin ketawa segelintir pengomen2 semua pun agenda Yahudilah, Kristianlah mcm lah. Ini FB siapa bikin bukan orang Jewskah. KFC, Mcdonalds siapa punya. Siapa cipta Microsoft, plane and etc. Ketuk kepala tanya otak.

Ahmad Ayub
Ahmad Ayub

Itu menunjukan admin tidak memahami agama lain, maybe kurang interaction with agama lain. Apa salahnya Domino pizza sewa bawah bangunan, Protestan Church sewa kat atas ada salah.Just kebetulan.

Pembaca Rasional
Pembaca Rasional

Saya tak salahkan pembaca, tetapi dimana ayat "post ini tidak racist" yang diperingatkan oleh admin?

 

Sangat tidak racist ke reaksi pembaca?-yang saya kira admin tidak peka dalam hal seperti ini..

 

Andaian seperti ini memang akan meletup dan menarik readers. Tapi salah isu beb. Harus pastikan terlebih dahulu. Kalau nak tulis pun, tunjuklah cara matang..biar berbukti sahih..hanya 2 gmbar dan artikel ini publish?...itu tidak membuktikan apa-apa..saya kira hanya publisiti sahaja yang diperolehi..

 

Takut terkategori dalam "mengadu domba" seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur'an saudara. Belum jumpa pihak berkenaan dah ajak readers buat andaian [kalau semua macam admin yang bersikap terbuka tak apa la kan]

 

Eh, bukannya nak marah-marah pun. Ust Azhar Idrus dah komen dah. Boleh jadi sandaran dalam hal ini. Tapi tak perlu kata "kerja kami sampai disini" sebab itu sudah jadi tanggungjawab anda sepenuhnya keatas penulisan ini.

 

Mungkin ada readers yang tidak setuju tetapi ini untuk teguran kepada penulis bukan readers. Pilih konten dan cara penyampaian sesuai. Semoga Malaysia kekal aman damai makmur Insya-Allah.

 

Assalamualaikum.

canggul
canggul like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

 @Pembaca Rasional 

what sahih? terang2 salib..mne blh cik abg..cari la tmpat len...tarian poco2 yg berunsur gerakan salib da xblh.terang2 kapir laknatullah..ramai mna yg tau..dan rmai mna yg xtau....xsalah bjr ilmu dunia, tp salah kalu abaikan ilmu agama...byk kan bjr ilmu agama drp bjr ilmu dunia..klau bjr ilmu dunia tp xde ilmu agama...idup kosong..

 

utk pengumuman salam dari anda xperlu di jawab..wlaupun tulisan khat skali pn....yg perlu dijawab adalah dgn lafaz...sekian...-sek2 muda sokong ulama-

Keroll Anwar
Keroll Anwar

ni pekara biasa, admin nk popular kan blog atau nk laga2 kan sesama islam?admin islam ke?nape nk buat havoc?dosa la better delete je post mcm ni.dri dlu gereja ada je xder hal pon skang nk bising plak.

caiyok
caiyok like.author.displayName 1 Like

Kita perlu sedar gerakan kristian makin hebat dan sudah terang-terangan di malaysia. Terang dan jelas, duit hasil jualan Domino ini akan membiayai gereja tersebut dan memerangi orang islam di malaysia. Minta semua orang islam di Malaysia sedar dan bersatu menentang musuh islam seperti ini. Al-Quran telah menjelaskan semuanya tentang musuh-musuh islam. Kristian dan yahudi sama sekali tidak senang dengan orang islam. 

racist nya
racist nya

bila gereja nak buka bangunan sendiri, byk org tak puas ati..bila gereja nak buka atas kedai, kedai bawah jadi haram...bila org sembayang kat umah, kena pangil ajaran sesat...trus ada lagi nak ckp pasal agama...sedihnya...cian bakal budak2 kecik zaman sekarang dibesarkan dalam suasana "racist" ehehehe org kristian blh makan kat kedai melayu depan masjid..kami tak persoalkan pun...sedih2..

MoonNightNobilities
MoonNightNobilities like.author.displayName like.author.displayName like.author.displayName 3 Like

 @racist nya seriously, are you retarded? orang islam sangat menjaga hal pemakanan dan bab halal haram, kewujudan gereja dekat bahagian atas kedai makan MENGGUGAT STATUS halal haram makanan! ini bukan soal racist, tapi dengan sengaja kamu mengelak dari memahami orang  islam! jangan tunding jari menyalahkan orang islam sedangkan ini perkara yang paling diketahui orang bukan islam. dan tolong jangan sewenang-wenang campurkan bab ajaran sesat dengan bab ini. sangat-sangat dua perkara yang berbeza. kalau dah sembah yang bukan tuhan kami, tapi mengaku orang islam, memang adalah ajaran sesat. tak kiralah sekuat mana mereka sembahyang. mengotorkan imej agama kami.oleh kerana orang islam sangat-sangat menjaga pemakanan dan status halal, tak menjadi masalah untuk orang kristian makan dekat kedai melayu depan masjid, sebab makanan tersebut halal dan bersih, tak mendatangkan mudarat walau seinci. apakah kamu menjaga halal haram pemakanan kamu untuk kami boleh makan di kedai-kedai kamu?

nizamshah
nizamshah like.author.displayName 1 Like

 @MoonNightNobilities  @racist nya PERLEMBAGAAN "ISLAM AGAMA RASMI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (kini MALAYSIA) "...so takyah ko nak pertikai lebih sangat...kenapa kami umat MELAYU ISLAM sangat menjaga hal remeh sebegini...kerana ISLAM itu INDAH!!!... racist-nya : perumpamaan ko tuh sama sahaja...seperti kami apabila melihat orang-orang kamu kristian membeli SPORT TOTO, MAGNUM hahaha...kami umat MELAYU ISLAM juga tidak mempertikaikannya...lagi aku sangat SEDIHHHH!!!hahaha...

PancaHilmanPamungkas
PancaHilmanPamungkas

Saya Mempunyai PErtanyaan Untuk Siapa Saja Yang bisa jawab, 1 pertanyaan.. Hadiahnya Uang Tunai Rp. 5.000.000 ( Lima Juta Rupiah ) Total Pertanyaan ada 11 pertanyaan yg harus di jawab berarti Total Hadiah 5.000.000 x 11 = Rp. 55.000.000 ( lima puluh lima juta rupiah ) Jawaban Harus Jelas Dan di beri keterangan... silahkan..

PancaHilmanPamungkas
PancaHilmanPamungkas

‎1. Mana pengakuan Yesus di dalam Alkitab bahwa dia beragama Kristen? 2. Mana ajaran Yesus ketika berumur 13 sampai 29 tahun? 3. Pernahkah Yesus Mengatakan: “Akulah yang mewahyukan Alkitab, Aku pula yang menjaganya” 4. Pernahkah Yesus Mengatakan: “Akulah Allah Tuhanmu, maka sembahlah Aku saja” 5. Mana perintah Yesus atau Tuhan untuk beribadah pada hari Minggu? 6. Mana dalilnya dalam Alkitab Yesus 100% Tuhan & 100% manusia??? 7. Mana dalilnya asal percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat dijamin “PASTI masuk surga” ?? 8. Mana foto asli wajah Yesus dan siapa pemotretnya? -Apakah wajah Yesus dan ibunya Maria adalah wajah mereka yang asli atau itu hanya hasil rekayasa saja? -Jika wajah mereka itu asli, siapa yang memotretnya? -Tustel atau camera merek apa yang dipakai saat itu? -Apakah 2000an tahun yang lalu sudah ada camera atau tustel berwarna? 9. Mana dalilnya Yesus lahir pada tanggal 25 Desember dan perintah merayakannya (natal) pada tanggal 25 Desember!! 10. Buktikan siapa yang hapal Alkitab walau satu surat saja di luar kepala! “Alkitab ini kan bahasa Indone¬sia, dibaca langsung dimengerti! Masak puluhan tahun beragama Kristen dan sudah jadi Pendeta, selembar pun tidak terhapal? 11.jika ada yang bisa membuktikan ucapan Yesus sekitar nubuat tentang dirinya yang terdapat pada Lukas 24:44-46 sebagai berikut: -44. Ia berkata kepada mereka: “Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur.” -45. Lalu Ia membuka pikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci. -46. Kata-Nya kepada rnereka: Ada tertulis demikian: “Mesias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari ketiga” -Pertanyaannya adalah: -Mana bukti ucapan Yesus yang mengatakan bahwa ada tertulis demikian: “Mesias harus menderita dan bangkit dari antara orang mati pada hari ketiga” dalam kitab Taurat Musa, Kitab Nabi-Nabi dan Kitab Mazmur -Catatan : Taurat Musa ada 5 kitab, Kitab Nabi Nabi ada 33 kitab dan Kitab Mazmur ada 1 kitab, jadi jumlahnya 39 kitab. Atau dengan kata lain perkataan Yesus tersebut tertulis dalam semua kitab Perjanjian Lama, sebab jumlah kitab Perjanjian lama semuanya ada 39 kitab.

 

PancaHilmanPamungkas
PancaHilmanPamungkas

seriously..!!

MoonNightNobilities
MoonNightNobilities like.author.displayName 1 Like

 @PancaHilmanPamungkas tak perlu nak serius sangat, cuba cari paderi kristian, yang paling hebatnya di vatican city kerana itu pusat kristian. Hal-hal seperti ini hanya ahlinya @ orang yang mengetahuinya lebih arif. sudah ketahui bisa membayari mereka dengan uang tersebut. tapi sekiranya ingin mengetahui mengenai Nabi Isa a.s anak Mariam, yang berlainan dari pemahaman orang kristian terhadap Jesus, bisa aku kongsikan sedikit setakat yang aku tahu.

Blog Widget by LinkWithin