Oh! Durian dalam Durian

Kalau dalam betik ada betik tu mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Kami sendiri dah banyak kali jumpa dan lihat sendiri fenomena dalam betik ada betik. Tapi bila dalam durian ada durian ni, agak rare jugalah dek kerana rupabentuk kulit durian yang jauh bezanya dari buah yang lain.


Peniaga terkejut ‘durian dalam durian’

KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin.

“Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya.

Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan buah,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian terbabit turut disaksikan seorang penggemar buah terbabit, Halim Razak, 33, dan dia juga amat terkejut dengan kejadian itu.

“Saya memang penggemar durian, tetapi ini merupakan pengalaman pertama melihat durian mengeluarkan sebiji lagi durian dan bukan isinya.

“Memang agak pelik, walaupun ia tidak mempunyai buah namun keunikannya itu menjadi perhatian ramai,” katanya. – Sinar Harian

OHTIDAK: TERINGAT PULA MEMBER KAMI HANTAR GAMBAR DAN VIDEO NENAS KEMBAR LIMA. MASIH SIMPAN DAN INSYAALLAH NANTI KAMI AKAN PAPARKAN DI OH! TIDAK.

gayekinisya

43 comments
hanafiah
hanafiah

kalau nk tengok boleh dtg rumah musim durian, kt rumah sy ade sebatang pokok durian buah die besar2 kt dalam die kite akan jumpe durian kecil lg 1, x heran heee..

Firdaus Maula
Firdaus Maula

huih pelik...saya x prnh jumpa perkara cmtu sumur idup....

Ahmad Akmal
Ahmad Akmal

lahh durian dlm durian je pun~~ .... kalau ipad dalam durian tu heran la jgk ahahaha *gurau senda di petang hari*

Puan Moon Yaya
Puan Moon Yaya

hmmm.. 2 3x jumpe..rugi nye x masuk kan dalam mane2 paper..hehehe

Harith Daniel
Harith Daniel

Ape la sinar harian ni . Durian Tak mengeluarkan buah ? Dah tentu la durian tu buah . Tak keluarkan isi bru la betul .fail .

Azrul Naim
Azrul Naim

klu betik dalam durian br pelik..haha

JOe KOngz
JOe KOngz

mimpi dalam mimpi pena la..hehe

Azroy Clancy
Azroy Clancy

Rumah sy bnyak lah..kbun durian 1 ekar lebih.. bnyak pon durian dalam durian xde yg pelik.. Nak,jemput lah dtg..

Mohd Zaid
Mohd Zaid

aku penah tgk..org dalam perut org....byk jmpe pada musim2 lepas kawen

Wen Aidi
Wen Aidi

pernah jumpa jambu air dalam betik.. huhu

Azman Abd Jalil
Azman Abd Jalil

ntah-ntah diorang dah masukkan dulu putik durian, pastu publish kat public...

Belalang Tempur
Belalang Tempur

bnda nie x peliklah..normal..jgan katekan durian..geliga durianpn ada jumpa..

Muhamad Azmir
Muhamad Azmir

pnh masa kecik dlu kt dusun tp dlu xda fb,tak blh share..lol

ArePiz Peace
ArePiz Peace

oh no! huhu. dalam orang pun ade orang. :3

Wizurai MY
Wizurai MY

belum jumpa lg tp pernah dgr sblm ni...

Wizurai MY
Wizurai MY

belum jumpa lg tp pernah dgr sblm ni...

Adawwiah Mohammed
Adawwiah Mohammed

dulu arwah bapa saya pun ada jumpa durian mcm ni....20 thn lalu

Blog Widget by LinkWithin