Kami pernah mengeluarkan satu artikel baru-baru ini tentang kereta keluaran Proton yang terbaru iaitu P3-21A namun selepas 24 jam berita dan slide tersebut dipaparkan, kami dihubungi dan diminta untuk mengeluarkan semua data dan gambar yang ada di dalam artikel tersebut.
Apapun kami percaya ramai yang telah melihatnya dan percaya kereta keluaran Proton kali ini mungkin akan jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Apapun, satu pujian harus diberikan Proton kerana berani menghasilkan sebuah kereta berteknologi tinggi yang penuh dengan gadget biarpun ramai yang mengatakan Proton tidak mempunyai kepakaran untuk itu.
Ini adalah gambar Proton P3-21A yang berjaya dirakamkan ketika shooting untuk iklan kereta terbaru ini dijalankan.

Apapun gambar ini terhalang oleh seorang lelaki dan berikut adalah hasil yang dilakukan selepas di photoshop.

+ Source, Lowyat.Net
Update: Gambar terkini depan dan belakang kereta.


OH!TIDAK: RAKYAT MALAYSIA MASIH MENGHARAP SUATU HARI NANTI PROTON DAPAT MENGHASILKAN SEBUAH KERETA YANG TERSENDIRI DAN DAPAT LARI DARI DITUDUH MENIRU KERETA INI DAN KERETA ITU. APAPUN SYABAS PROTON!
Share artikel ini di FB







Relax ar korg.. Tak kira laa korg pki keta local or import,xyah nak kutuk2 k.. Msg2 ada kelemahan sendri.. Even X6 aku baru2 pki dlu memg best, g travel pun best, tp after 1 year rs ln bl bwk g travel, bl duduk seat blkg confirm x selesa.. Local car aku xtau laa tp mgkin ada elok or buruk jgkkn.. Hakikatnyer sama je smua.. Tp! Range Rover memg tak dinafikan kebestsan dia tu.. ;))
- spam
- offensive
- disagree
- off topic
Like