Pelbagai isu yang timbul dengan logo kemerdekaan Ke-55 untuk tahun 2012. Tak tahu dari mana datangnya, tapi sememangnya design ini menimbulkan rasa tidak senang kepada para designer di luar sana. Ianya tak layak dinamakan “logo” sebenarnya. Logo yang digunakan ini juga mengundang rasa tidak puas hati orang ramai apabila logo ini dikaitkan dengan politik. Semestinya ramai yang mampu menilai apa yang cuba ingin dilakukan.
Penjelasan mengenai logo ini juga, ibarat kerja mudah. Buat logo tampal-tampal, kemudian buat huraian tentang logo ibarat karangan budak darjah 6. Apalah nak jadi.
Anda sendiri pun boleh buat dalam masa tak sampai 10 minit. Rasanya masih sempat kalau nak tukar logo lain. Come on lah! Berikut adalah lakaran logo oleh rakan blogger, Abdus Fauzi di mana kami rasakan, jauh lebih baik jika ianya digunakan berbanding logo sekarang.

Ini juga mungkin lebih menarik:
Update: Sebuah page di Facebook akhirnya membongkarkan dari mana datangnya design ini.
- via Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia Ke 55.
Sarcasm by Malaysian:
Lihat respon pembaca di Facebook kami:
Post 1 | Post 2 | Post 3 | Post 4
OHMEDIA: LOGO NI TAK UBAH MACAM DESIGN GUNA MICROSOFT WORD. KAMI PERCAYA RAMAI DESIGNER MUDA DI LUAR SANA YANG MAMPU MENGHASILKAN LOGO YANG JAUH LEBIH BAIK DARI INI. KALAU TANPA BAYARAN PUN RAMAI YANG SANGGUP DEMI SEMANGAT CINTAKAN NEGARA. LAGI SATU, NAMPAK TERANG SANGAT TU. KALAU BOLEH, USAHLAH MEMPOLITIKKAN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KITA CINTAI INI. BIAR SEMUA PIHAK DAPAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN DENGAN HATI YANG GEMBIRA.










