Oh! Keladi Tikus Herba Terbaik Untuk Rawatan Kanser

Kanser merupakan sejenis penyakit yang amat ditakuti manusia. Penyakit yang ada ubatnya tetapi tidak ramai pengidap penyakit ini yang bertuah. Rata-rata dari pesakit hanya mengetahui yang dirinya menghidapi kanser hanya selepas kanser’nya telah sampai ke tahap berbahaya.

Pelbagai ubatan moden yang dapat kita jumpa hari ini. Tetapi bila kita renungkan semula bagaimana orang dulu-dulu kelihatan sihat dan dapat mengubati penyakit seperti ini? Jawapannya mereka lebih gemar menggunakan ubatan tradisional dan herba dari tumbuh-tumbuhan berbanding ubat-ubatan moden yang digunakan pada hari ini.

Pernah lihat tumbuhan ini? Keladi Tikus atau nama saintifik’nya, Typhonium Flagelliforme telah terbukti menyembuhkan pesakit kanser seperti kanser payudara, kanser kolon, kanser rektum, kanser hati, kanser prostat, leukemia, serviks dan kanser paru-paru, dan ya, ia juga boleh menyembuhkan penyakit buasir.

“… Sehingga kini (Ogos, 1998) herba ini telah terbukti dalam membantu 800 pesakit tempatan dan luar, termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.” – Prof. KH Teo C, USM, Pulau Pinang.

Herba ini telah mendapat pengiktirafan dari para doktor yang bertauliah tetapi sayang ianya kurang digunakan memandangkan rangkaian ubatan moden pada hari ini perlu digunakan agar pasaran perubatan moden tidak mengalami kerugian. Banyak penyakit boleh diubati dengan mudah menggunakan apa yang telah sedia ada pada tumbuhan disekeliling kita, namun imej baik ubatan moden yang selalu dipertontonkan langsung mengetepikan kemujaraban perubatan tradisional dari herba tumbuhan ciptaan Illahi.

Sebuah laman web tempatan, Lawan Kanser ada memuatkan herba ini di dalam kandungan blog’nya. Dikatakan, herba ini amat popular di Indonesia tetapi masih kurang popularitinya di Malaysia memandangkan kita tidak didedahkan dengan maklumat yang sebegini. Herba tanpa kimia dan dijamin selamat ini juga telah menerima kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia – MAL09071079TC.

Typhonium Flagelliforme (Keladi Tikus) ini mengandungi Ribosome Inacting Protein (RIP), zat anti oksida dan zat anti kurkumin. RIP berfungsi melemahkan perkembangan sel kanser, mematikan sel kanser tanpa menggangu sistem sekitarnya dan menghalang pertumbuhan sel kanser. Zat anti oksida berfungsi mencegah berlakunya kerosakan gen sementara zat anti kurkumin berfungsi sebagai anti inflamasi/anti peradangan. Kombinasi kandungan ini mengaktifkan dengan menghasilkan mediator yang meransang untuk menguatkan sel dari sistem pertahanan tubuh untuk bersama-sama melawan sel kanser.

Berikut adalah beberapa testimonial dari mereka yang telah mencuba dan dengan izin Allah, telah dapat melupakan kesengsaraan lebih teruk yang bakal mereka hadapi jika tiada tindakan perubatan yang dilakukan.

Pelbagai lagi maklumat mengenai produk kesihatan ini boleh diketahui dengan melayari sendiri laman web rasmi mereka di www.lawankanser.net

OH! TIDAK: ALLAH MEMBERIKAN KITA MUSIBAH YANG SETARAF DENGAN APA YANG MAMPU DITANGGUNG HAMBANYA. JADI, BERUSAHALAH SELAGI MAMPU DAN USAH SEKADAR BERSERAH DENGAN NASIB SEMATA-MATA.

gayekinisya

37 comments
ahmad.zuhri.md.ali
ahmad.zuhri.md.ali

salam semua,

org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang  BUKAN sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. ..tapi sebab zaman dulu, diorg tak tahu itu kanser...tiada cara diagnostik yang moden seperti sekarang...perkataan "kanser" pun xwujud bagi diorg masa tu....

 

selagi tiada penjelasan saintifik dan pengesahan badan berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia ke atas PRODUK TERSEBUT....saya nasihati pembaca jangan terpedaya dengan "cakap-cakap mulut  dan facebook" pihak syarikat/penjual...

 

pastikan produk tersebut produk berdaftar dengan KKM, DAN PASTIKAN apa indikasi produk yang diluluskan KKM...yang pasti bukan untuk kanser...

 

berfikir dan jangan terpedaya sebelum beli apa2 produk kesihatan sekalipun...

 

p/s- gile apo satu produk, rawat semua kanser??...logik kah??

Azman
Azman

@ahmad.zuhri.md.ali Dah register dgn MOH kan? So, bagaimana?

ahmad.zuhri.md.ali
ahmad.zuhri.md.ali

memang benar produk tersebut telah berdaftar dengan KKM,  tetapi ia didaftarkan untuk kegunaan apa?? apa indikasi produk yang diluluskan KKM?? yang pasti bukan untuk kanser...

 

p/s- baca label pada produk...jangan percaya iklan...KKM luluskan produk, bukan luluskan iklan....jadi baca label pada produk...

shahril
shahril

salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita….sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

ahmad.zuhri.md.ali
ahmad.zuhri.md.ali

Jangan tertipu dengan artikel ini. Sila baca label produk sebelum membeli. Baca indikasi keluaran produk ini pada label.

Takkanlah Kementerian Kesihatan bodoh sangat nak pakai ubat-ubatan moden kat hospital dan belanja berbilion2 ringgit setiap tahun kalau produk ni BETUL-BETUL boleh merawat kanser???

Inilah taktik syarikat untuk melariskan produk mereka pada rakyat biasa yg tiada latar belakang ilmu perubatan..

Org dh kene kanser...cakap air mineral boleh "membantu" (kononnya) merawat kanser, pon mereka akan beli dan minum, xkesahla berapa mahal sekalipon harganya...

Peringatan: Produk ini memanglah diluluskan KKM. Tapi diluluskan untuk ape??

(sila baca label produk)-yang pasti bukan untuk merawat kanser.

NOOR
NOOR

 @ahmad.zuhri.md.ali I X NAK KOMEN BANYAK TAPI HUBBY  I PERNAH BAWA SEORANG GUEST DARI INDONESIA 2X DIA DATANG KAT MALAYSIA UNTUK MEMBELI PROD DARI KELADI TIKUS YG DI KELUARKAN DI JELUTONG PENANG GUEST TU CAKAP WIFE DIA DARI TELENTANG ATAS KATIL(BRAIN CANCER) SEKARANG NI DAH BOLEH BUAT KERJA RUMAH MEMASAK DLL.APA PUN IKTIAR DAN TAWAKAL YG PENTING BUKANYA HANYA PANDAI NAK KOMEN.

ahmad.zuhri.md.ali
ahmad.zuhri.md.ali

 @NOOR Salam, komen saya berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ada. Kalau ikut akal logik dan dari sudut akedemik, JIKA benar sekalipun produk ini boleh merawat kanser, mengapa tiada kajian yang boleh diterima, mengapa tiada pengesahan badan berkuasa, mengapa jual sorok2, mengapa tidak daftar sebagai ubat kanser semasa daftar produk dengan KKM???

 

Pada pendapat saya: kerana pihak syarikat tiada bukti langsung bahawa produk ini boleh merawat kanser, cuma cakap2 mulut sahaja....sebab tu masa daftar produk dengan KKM mereka kata untuk "kesihatan umum", tapi bila iklan cakap boleh rawat kanser...maka berpusu-pusu la pesakit kanser beli atas dasar "ikhtiar" semata-mata...padahal ia hanya mainan mulut pihak syarikat...

 

Tuhan jadikan kita dengan akal...mmg btul Tuhan yang menyembuhkan sakit kita, tapi tuhan juga suruh kita berusaha, berikhtiar. Pada masa yang sama tuhan beri akal untuk menilai sesuatu....pandai-pandailah menilai...klu cakap2 mulut pn boleh terima,mudahla syarikat tipu pengguna...semua pakai cakap-cakap mulut campur dengan ayat-ayat bersifat "ke-agamaan" skit...kesian orang yang beli itu,tertipu kerana percaya produk ini boleh membantu sakit mereka.sedangkan tidak..

 

komen puan noor pon berdasarkan cakap-cakap mulut...boleh jadi kebetulan semasa penyakitnya makin sembuh, dia makan produk ni, pastu cakap produk ni yang sembuhkannya...

 

fikir-fikirkan...baca label produk sebelum beli...

 

ahmad.zuhri.md.ali
ahmad.zuhri.md.ali

 @boo yong the comment reflects about the commenter himself....

 

pembaca bijaksana semua...pandai-pandailah menilai...

Kamarul Azizi
Kamarul Azizi

Lkmn Rhmn , Solat & doa tanpa ada usaha pon tk jalan jugak..bukan nak mengetepikan kehebatan dan hikmat solat/doa sebab pekara itu memang wajib dibuat dahulu.tapi Allah mengurniakan Akal untuk fikir dan kudrat untuk usaha. Peace no war

Maznah Said
Maznah Said

Hmmm. Kat umah ada,tp mak xmo makan :(
camne nak yakin kam mak sendiri benda ni ubat mujarab. Agak2 kalau saya makan keladi tikus ni ada effect tak? Sebab yg sakit tu mak,bukan saya.

Lkmn Rhmn
Lkmn Rhmn

Solat 2 rakaat setel semua masalah.

Shamsul H Jamadi
Shamsul H Jamadi

saya pengidap sakit x payu2 bab tak ada dara la gamaknya eak,....?

Janifer Basalat
Janifer Basalat

Ada dirumah saya dikenali sebagai leaf sneak ..@ daun Ular

Hambali Palil
Hambali Palil

sesiapa brminat leh saya tunjukkan pmbekalnya..tolong sesama umat.

Lurve Eda
Lurve Eda

b'kesan @ ta mgkn leh cbe dlu kn..anyway, thanks 4 da info..skrg nie mmg tgh cari ntuk rawatan kanser nie..

Aifaa Nazmi
Aifaa Nazmi

mak saya kanser payudara .. berkesan ker ?

Aziz Jogho
Aziz Jogho

rmh kawe ada tnam...sedia mnrima tempahan..

Shahir Ramlan
Shahir Ramlan

Utk yg stge 1 or 2 mgkn brkesan..arwah ayah sy kanser stage 4..tk dpt di ubati..ksmpulan nye,usaha slagi bole tp kalo Allah lbih syg kn dia,biar kn dia pg.. T-T

Adlan Adler
Adlan Adler

arwah mak aku dulu pernah mkn ubat ni,ambik kat batu berendam,melaka..ade lagi 3 botol kt rumah aku ni..

Azfar Ismail
Azfar Ismail

tp org kancer x leh makan keladi...x paham aku

Trackbacks

  1. [...] Read the original post: Oh! Keladi Tikus Herba Terbaik Untuk Rawatan Kanser [...]

Blog Widget by LinkWithin