Oh! Kes Pembunuhan Nur Syaleza Jaffar dan kaitan status BBM terakhirnya, “Sabarlah duhai hati”


TINGGAL KENANGAN… Syaleza bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Kisah kematian Nur Syaleza Jaffar (31) yang berasal dari sebuah Felda di Segamat, Johor yang ditemui mati semalam di apartmen Saujana, Damansara Damai masih menjadi buah mulut orang. Kematian Nur Syaleza Jaffar yang bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9 pada awalnya dikategorikan sebagai mati mengejut akhirnya bertukar kepada kes jenayah apabila siasatan mendapati ada kesan lebam dan jerutan pada leher mangsa. Berikut adalah keratan beberapa akhbar tempatan berkenaan kisah ini.

SUNGAI BULOH – Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini kelmarin.

Mayat Eksekutif Pentadbiran Berita stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar, 31, ditemui oleh suaminya di dalam bilik tersebut ketika beliau memanggilnya untuk bersiap-siap menjelang waktu berbuka puasa pada pukul 7 petang.

Difahamkan, suami mangsa, Norazman Bashah, 30-an, hanya memberitahu mengenai kematian isterinya kepada abang mangsa pada pukul 9.30 malam.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan tersebut yang berusia dua tahun turut berada di dalam rumah.

Jurucakap polis memberitahu, polis dan pasukan bantuan perubatan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat pada pukul 10.30 malam.

Bagaimanapun, katanya, wanita itu telah disahkan meninggal dunia ketika ditemui.

“Pada mulanya kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, selepas bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat beberapa kesan lebam pada tubuh dan kesan jerut pada leher wanita tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

‘Sabar duhai hati’, status terakhir BB isteri ditemui mati


Status BBM terakhir Nur Syaleza sebelum ditemui mati di kediamannya.

PETALING JAYA – “Sabar duhai hati”, adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

“Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya.

Sinar Harian 30 Jul 2012

Polis sahkan eksekutif stesen TV mati dijerut

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini.

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – Bernama

OHTIDAK: SYAITAN DIIKAT PADA BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI TAPI KITA KENA TAHU MEMANG BANYAK “SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA” MASIH BERKELIARAN. APAPUN BILA SEBUT SAHAJA DAMANSARA DAMAI, MEMANG KAMI NGERI SIKIT SEBAB PERNAH MENETAP DI SANA PADA TAHUN 2006 DAN KETIKA ITU MACAM-MACAM KES PEMBUNUHAN BERLAKU HINGGALAH KAWASAN TERSEBUT AMAT POPULAR DIGELAR SEBAGAI BLACK AREA. KAMI TAK TAHU LA SEKARANG APA STATUSNYA.

gayekinisya

195 comments
miasara
miasara

dah agak dah suami dia yang bunuh..=___=' xmungkin orang luar yg bunuh~nak menipu bulan2 puasa nie xpayahla..nak pulak bunuh isteri sendiri,pastu menipu rakyat meraih simpati ckp pulak isteri mati bunuh diri..masalahnya lepas dia bunuh pegi   gantung pulak kt kipas lepas bunuh...seksa tau..nasib jumpa kesat jerut sekeliling leher dan tengkuk...kalau gantung diri sendiri mane ade kesan kt tengkuk... Ya Allah..terima kasih balasan kau berikan kepada si suami arwah nie..:) yang kesian anaknya juga kehilangan serta merta mak dan ayah...semoga dah besar xikut perangai mcm ayahnya.InsyaAllah,Amiin..

saha
saha

Berita Terkini: Suaminya yang bunuh, walaupun aku sukar nak percaya

Boolat
Boolat

'Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya' Dari sini,kite dapat fikir logik arr..Dentuman ape ek?takkan lah hentak kepale kat dinding pun ada dentuman kuat..or else suami dier yg hentak pastu jerut leher..buat mcm bunuh diri..bunuh tanpa niat ni,mana sempat nak hapus bukti..buat sekadar yg patut jer..7 jumpa isteri tergantung..knp 930 baru nak call abg dier?dlm masa 2 jam tu dier buat apa ek?Kalau betol ister bunuh diri..mesti dier panik n call sesapa asap..Baik bagi aku siasat..aku psl law..wpun tak graduate..blh menang kes..ekeke.

apekesmaster
apekesmaster

Syaitan adalah musuh yang jelas lagi nyata.. sama2 renungkan

lalang
lalang

DD DAH OK LA.. KALAU DA KES PUN ORG LUAR YANG BUAT...  

 

aliaayumi
aliaayumi

Sekarang ni Damansara Damai da ok dah. Dah kurang da kes jenayah. Mungkin sebab selalu kena serbu kot. Saya da duduk 5 tahun tak de masalah pun.

padan muka
padan muka

suami ade scandle kat KL la tu..kantoiiii...suami keje gaji masyukkk kat KL so pasang spare lebeh la...hehe

Antonis Farra
Antonis Farra

al fatihah semoga rohnya ditempatkan ditempat2 org beiman..AMIN

Zai Azhan
Zai Azhan

Jgn nk mulekan ayat politik disini ye.

marquez87
marquez87

aik.. bergaduh pukul 7 malam.. merajuk masuk bilik.. pastu berita satu lg ckap jmpe mayat pun 7 malam? pelikkk...

Mohd Alifullah
Mohd Alifullah

Dikebumikn di felda redong 1?eh tu tmpt mertua aku tinggal..n tmpt ceramah anwar disabotaj awal thn ni

Kamal Aizat
Kamal Aizat

keluarga trdekat 2 mrujuk suami die,dar memang terang2 kat metro ada tulis..tp tak mungkin suami die yg bunuh,mane ada pembunuh yg tnggalkan kesan bukti wlupun bunuh tnpa niat..nfsu pmpn mlebihi dpd akal,x mstahil kes bunuh diri yg terdorong oleh nfsu

zuhair
zuhair

Seronok arwah dpat dsemadikn pada bulan ramadhan, bnyk nikmatnya, al-fatihah

Tetibe rasa mcm nak sedey nak nangis.
Tetibe rasa mcm nak sedey nak nangis.

hurmm,, x abes2 ngan Detektif Conan ,,, Di Bulan yg mcm ni,,spatotnya ckp bnda yg elok2 ,, bkn bnda yg bole di ketegorikn sebagai " menganjing" ,,,, nnt kalu ada sedara mara , ahli keluarga korang yg tekena,,jgn lupe yer,,pnggil detektif conan ,,

John Labu
John Labu

detektif conan ckp...adalah rhsia...

Tart Nenas
Tart Nenas

Teringat haris iskandar buat lawak berkaitan CSI dan polis Malaysia buat siasatan dalam lawaknya dalam LAWAK KE DER?

 

MemBesau
MemBesau

Bukan semua tmpat d Damansara Damai di gelar Black Area ye.... Tgk dulu mentality org2 dikejiranan kita... I'm stay here almost 9 yrs but it's still the best area for me n family.... With all facilities n access 4 in / out from.... Peace!!!!!

Nazri Jumadi
Nazri Jumadi

jgn memandai nk wt tfsiran sndri, biar polis yg siasat prkre yg sbnrnye, yg psti ni bkn kes bnuh diri....

Norazmi Ramlan
Norazmi Ramlan

Hanya allah yg mngetahui...tp allah tk mnta hambanya mati dlm kafir..

Mashidayu Misrom
Mashidayu Misrom

ya Allah smoga rohnye dtmpatkn dgan org2 yg briman...Amin

Rozailie Ramli
Rozailie Ramli

Dlm bln ramadhan syaitan kena rantai,cuma nafsu x dpt kite kawal,tu lah akibat nye subhanallah.......

Ore Tuo
Ore Tuo

beri peluang polis buat siasatan utk tentukan pembunuhnya. jgn kita kacau ganggu tugas polis

Ore Tuo
Ore Tuo

beri peluang polis buat siasatan utk tentukan pembunuhnya

muhsha91
muhsha91

agak pelik ye kenapa suami dia lambat bagitahu abang ipar dia n lambat kol ambulans. Dia taw Allahyarhamah meninggal pukul 7, tapi bgtahu abg Allahyarhamah pukul 930 n kol ambulans pukul 10. pelik nie. kenapa tak kol ambulans je pada pukul 7 ek?

Natalia Novlina
Natalia Novlina

Mesti suami die yg bunuh. Ade kesan lebam tu suami die la yg pukul.

Al Aifaa
Al Aifaa

Kesian Arwah Difitnah Kelmarin....... Mereka Yang Cakap Dia Tak Bau Syurga Tu Tarik Balik Komen2 Anda............

miasara
miasara

Alfatihah buat arwah......

pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi mcm ni..Hanya Allah dan si arwah saja yang tahu kebenarannya.

p/s : Jom tengok CSI (AXN CHANNEL)~

Ahmad Hafifi
Ahmad Hafifi

Ahli keluarga yg kat segamat tu.. Suami dia lahh... Wartawan pun nak jaga air muka suami dia yg belum confirm salah.. Wartawan pun ada etika keje.. Takkan nak tulis direct je... Tau complain...

Kasih Sayang
Kasih Sayang

Org yg patut melindungi malah dia yg jd pembunuh sadis!!

Anuar Shahril
Anuar Shahril

diakhir zaman nyawa tiada nilai....hari hari ada saja kes......

Blog Widget by LinkWithin