Oh! Kisah menyayat hati disebalik kemalangan di Lebuhraya LPT

Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lenser

aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.

Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar.

OHTIDAK: TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA YANG TERKORBAN. PANDULAH DENGAN CERMAT. KALAU TAK SAYANG NYAWA SENDIRI, SAYANGILAH NYAWA PENGGUNA JALAN YANG LAIN.

gayekinisya

359 comments
HairiMuhammad
HairiMuhammad

bas tersebut kalau x silap bus UiTM puncak perdana, mbe call bgtaw ad lancer xcdent teruk..then esok dh msok paper...

miji
miji

kalo x sayang diri sendiri sayanglah family..jangan sampai orang yg kita sayang terkorban sebab ego kental sgt..

 

rieya
rieya

sebab tu org ckp..klu nk bwk slow ikut lane kiri..jgn smpai org cucuk kita kt belakang...

matbum
matbum

admin bleh la buang kn gmbr2 arwah,,ckup skadar gmbr kereta sudah la..klau arwah ahli kluarga kita apa prasaan kita..

HAFIZAHRAZAK
HAFIZAHRAZAK

si lelaki is abg kepada rakan pejabat saya :(

YuYun
YuYun like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

Assalamualaikum, kepada admin .. saya merayu dan memohon ... agar gambar2 arwah di deletedkan ... cuba kalau cerita sebegini berlaku pada diri org2 OHTIDAK? sanguup ke OHTIDAK POST kan gambar2 org yg OHTIDAK syang utk tutunan UMUM??? boleh meletakan gambar kereta as pengajaran sudah cukup... tapi sudah2 lah meletakan gamba arwah NANI dan suami yg telah pergi ... kubur mereka masih merh lagi ..... sya merayu kerana .. saya sgn rapat dgn keluarga arwah nani .. cukup2lah ... melihat cmmnt2 yg menyakitkan hati sugguh perit buat keluarga arwah ... sudah la.. saya merayu ....

kasperia
kasperia like.author.displayName 1 Like

 @YuYun aku nmpk dh 2 rayuan. admin ngan moderator ni mmg xwt keje ke? bodoh sial la

Detective Konon
Detective Konon

@kasperia @YuYun Suka hati admin la, dia nye blog yg ko sibuk nape? Blah la Lu.. bodoh berdengung...

SaniAbas
SaniAbas like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

ni kes nak test power la ni,antara proton inspira ngan mitsubisi , penulis pun nak ikut serta tapi orang rumah bising2 sebabtu kurang sikit kelajuannya.sebabtu lepas kejadian terus diam aja..dari kes ni banyak pengajaran dapat diambil.

1.jangan memandu lebih had laju

.2.jangan lumba haram.

3.kalau bini tegur cara memandu yang tak mematuhi had laju terima secara positif

.4undang2 jalan raya harus dipatuhi

.5.fikirkan keselamatan orang lain ,jangan pentingkan diri.

matbum
matbum like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

bringat klau bwa fmly ..bukan kita seorg dlm keta

 

azman
azman like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

aku masih boleh terima kalau accident tu bukan atas kelalaian kita. TETAPI amat marah kalau ianya berpunca dari kelalaian kita sendiri. lebih2 lagi memandu dalam keadaan LAJU dan membawa ISTERI Dan anak Bersama.tengok akibatnya tak pasal2 anak menjadi yatin piatu.. harap boleh menjadi iktibar buat semua.. pakai kereta mahal2 pun, MATI TETAP MATI..

kasperia
kasperia

xpyh la smpai nk komen kt sni. keluarga ngan mmber arwah pn ade prasaan man oi

 

Detective Konon
Detective Konon

@kasperia ko ni sibuk sgt nape ha!!! Ko ker yg dh mati tu? Sibuk punya pelesit!!!

YuYun
YuYun like.author.displayName like.author.displayName like.author.displayName 3 Like

dalam kadaan begitu .. kena lah faham cerita ... arwah tidak dpt ke lane slow sebab ade lorry (pencerita salah sebenarnya lorry bukan buss saya tahu sendiri dgn ahli keluarga arwah sndiri) di sebelah kiri yg sedang memecut ingin memoong kereta lencer juga .. dan inspira pulak sibuk mencucuk2 belakang lencer .. sebab itu arwah terbabas sbb dah x boleh nk mengawal ... nk slow x boleh inspira laju sgt ... nk bagi ispira lalu x boleh lorry ada sebelah memecut x bgi jalan ... habis mcm mne.. dan telah tertulis bahwe begitulah ajal nya ... takdir ... utk mengatahuan umum .. wlu arwah memakai lencer .. tpi arwah bukan jenis yg suka membawa kereta laju .... harap maklum .... kubur arwah masih merah lagi ... kesian mereka... baik kita sedekahan al-fatihah dan bacaan yassin agr arwah tenang ... plss ...

AsriOthman
AsriOthman

wow...org malaysia mmg hebat lah...cruising 200 km/j tu santai je....itu pun 'darah pahlawan' dah meniupkan semangat untuk memotong lagi 2 kereta yg kat depan tu walaupun speedometer dah menunjukan 200 km/j....sepatutnya org2 hebat seperti ni tinggal kat germany lah,kat sana ada highway AUTOBAHN dimana pahlawan2 ni boleh henjut seberapa laju yg mereka suka....no limit bro....

 

saya org malaysia...tapi terus terang cakap saya cukup tak berkenan dgn cara org malaysia memandu.....tak salah untuk berkereta besar tu...dan tak de apa yg rugi pun kalu dpt kurangkan sikit EGO tu...agak-agak lah bro.....EGO tu seangkatan dgn SOMBONG lah kan,bayangkan dgn bersikap demikian kat dunia ni pun dah tak selamat,apa tah lagi di akhirat nanti....renungkan lah...

(komen ni tak de kena mengena dgn arwah,sekadar pandangan sy sahaja...wallahualam)

taik idung masin
taik idung masin

 @AsriOthman Sepatutnya buat aduan polis supaya admin yg pandu perdana tu disaman sbb memandu melebihi had...dia sendiri dh mengaku, pa!

i speak my mind
i speak my mind like.author.displayName like.author.displayName like.author.displayName 3 Like

lagipun bukan salah arwah xnak ke kiri.. jelas2 ada bas pastu kalau nak pecut pun ada baby dalam keta.. logik akal kecuali pada monyet (iaitu ko dan inspira tu).. darah pahlawan kejadahnye.. ko bangga sangat dgn darah pahlawan ko tu gune lawan musuh Islam la.. bukan bawak keta laju2.. bodoh gila pemikiran org melayu cam ko.. takat darah je.. belum terbukti lagi ko di barisan depan tentera bila perang ngan org kafir nanti..

i speak my mind
i speak my mind like.author.displayName 1 Like

pada aku.. 2 org tu syahid.. yang pelesit dua2 ekor bawak laju sampai 200km/j tu.. nyusahkan org.. bila jadi nak trauma la takut la.. ikut jela pesan Nabi jgn nyusahkan org len atau nyakiti org len.. ko mungkin dalam kes ni x bersalah.. tapi bile ko bawak laju jadi contoh pada pengguna len nak ikut perangai ko bawak laju2.. inspira tu dah monyet yang ko pun ikut sama jadi monyet pastu jadi contoh membuahkan lagi monyet2.. degil.. degil bawak org ke syurga takpe.. ni degil membuahkan pelesit.. xkan nak kene eksiden selalu baru la nak ada kebijaksanaan dalam otak?

taik idung masin
taik idung masin

 @i speak my mind laju tak bertempat...yg merempit ni selalunya org yg jenis berfikir tidak matang...kelulusan tinggi tidak menjamin mereka ni mampu berfikir dgn rasional..

insaf
insaf like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

kepada admin, minta tolong delete gmbr2 arwah, cukup sekadar gmbr kereta dan baby shj untuk dipaparkan. ingatlah setiap yg anda lakukan sekarang anda akan dapat balik kemudian hari. what u give, u get back. hormatilah org yg telah meninggal dunia. setiap yg hidup pasti akan mati. cuma bila, di mana dan bagaimana menjadi rahsia Allah SWT.

mat
mat

setakat pakai lancer tu xpayah nak megah la...kalu evo lancer xp gak, skyline ke, subaru ke... ni sedan standard je,,,, hahahahaha

kasperia
kasperia like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

ade gak duit nk beli kete atas 100k. ang ade ape? myvi passo?

mat
mat like.author.displayName 1 Like

smua driver salah.. termasuklah yang duk cita kat atas tu.. ada ke patut bawak sampai 200.. ko yang cita pun xmustahil leh jadi penyebab kematian orang len.. so, x payah nak cita pandai kat sini yang ko bernasib baik and smua ni ada hikmah... halu dah wat salah mesti kena bala,, x hari ni mungkin sok,,, xpun kat akhirat... so, bawak keta tu ikut limiy la weh!!!!!!!! ppppiiirahhhhhhhhhh

nessC
nessC like.author.displayName like.author.displayName 2 Like

Ni versi cite menipu,korang try cari versi kisah sebenar. Arwah x bwk pon smpai 200kmh seperti versi ni,hnye inspira je n mamat kaki fitnah bwk cite ni yg smpai 200kmh. Ada bas himpit kete arwah. Ni statement org yg bwk proton inspira tu. Owner inspira x lari dr tmpt kejadian tp dia pi kejar bas tu. Admin sila tukar versi ni. Dh bnyak org fitnah arwah ni bwk laju.

taik idung masin
taik idung masin

 @nessC owner inspira ni pun patut didakwa...bawak keta tak hinggat dunia...schumaker tu bawa keta kat jln biasa pun patuth kpd peraturan,,kalo nk laju p gelanggang lar...batu pakai inspira pun dh ingat hebat sangat..

kasperia
kasperia

 @nessC tu la psl. org melayu kita ni suka tmbh perisa dlm mskn, kalo x, xkn tercipta la ajinamoto. sikap tu juga trbwk2 dlm percakapan mereka. kalo cerita ade je nk tmbh. konon nye mcm knl sngt je arwah. puih.

Detective Konon
Detective Konon

@kasperia Pelesit!!! Ko ni pergulas ker? Berambus ko dr muka bumi ini!!!

Blog Leader Talk
Blog Leader Talk

Aku macam kenal la Arwah ni... Maybe dia keje kat Dungun...

kasperia
kasperia

 @Blog Leader Talk hahaha, ni lg sorg penglipur lara. Arwah keje kt KL la. dh nmpk calon2 yg nk wt fitnah

 

Detective Konon
Detective Konon

@kasperia Biar la dia komen. Ko ada masalah dgn dia ker? X mampos lg palest seko ni!!!

Man GT
Man GT

setiap yang hidup pasti akan merasai mati...Al-Fatihah kepada pasangan ibu bapa bayi nie....meninggalkan anak dikala anak masih memerlukan belaian kasih ibu bapanya....mmg x dijangka sampai berlaku kemalangan mcm nie...tpi, tu la...jalan raya slalu dianggap mcm litar lumba..sepatutnya kita lebih bertimbang rasa waktu memandu......

nessC
nessC like.author.displayName 1 Like

kesian  aku baca story ni. al-fatihah utk arwah. seatbelt biase kt kete mmg leh menyebabkan patah tengkok klu laju sgt. tukar dgn seatbelt racing la,ok ckit,support dua-dua belah bahu tp pasang bkn utk race ye. utk tmbh langkah keselamatan.

Ansarida
Ansarida

 @nessC Aku pong pikir gak... maybe masa berpusing kepala terhimpit atap kereta kew?... kalau kejadian disebebkan ini. solution dia kena pegang atap kereta walaupun WRC tu guna strap.. bila kete berguling2 still tgn diaowang pegang atap keretaatau mmg belt terlock terlalu cepat sampai muka x terkena air bag... ini penting kajian nieh.. sbb dlm cocpit kereta still x terkapit tapi tengkuk patah....

Aiman Azim
Aiman Azim

higway LPT bawak 90km/j xslmt lagi. jalan xrata

mamamia
mamamia

aku yg baca berita nih pun sampai naik bulu roma..

gile la org lelaki nih bila dh dpt stereng!

sian baby tu...tak pasal2 jadik anak yatim piatu

hanif
hanif

Daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali .. tinggal harta, kereta, anak, sanak dan saudara .. yang kita bawa hanya bekal amalan berguna untuk alam yang kekal selamanya. 

OME
OME like.author.displayName 1 Like

aloooo.....korang ni baca dengan mata ke baca dengan kepala lutut weh.....yg bawak laju 200kmj tu bkn arwah tp proton inspira yg blagak mcm pakai lancer..... arwah pakai lancer bawak 140kmj....mmg agak laju gak, tp aku rasa pnyebab kejadian neh blaku sbb bas yg tiba2 tukar lorong dan proton inspira yg blagak mcm pakai lancer tu.....last2, mana pegi pmandu proton inspira yg blagak tu?? aku bet la, dia xakan dapat tido malam la weh.....

aenz81
aenz81 like.author.displayName 1 Like

 @OME 

Pada pendapat aku la k.. cuma pendapat aku dan bukan aku nak kutuk ataupun menghina sesiapapun yang terlibat dalam kemalangan tu lebih lebih si arwah.  Pada sudut pandangan aku, sebenarnya kemalangan ini boleh dielakkan jika pemandu meletakkan EGO ketepi bila melihat sebuah Proton inspira hendak memotong beliau dan dia boleh pergi ke lane kiri untuk membiarkan Inspira tersebut memotong beliau dgn kelajuan 200km/h kerana kelajuan beliau ketika itu 140km/h.  Akan tetapi, beliau merasakan yang beliau harus didepan kerana beliau menggunakan original  MITSUBISHI LANCER dan bukan klon Proton Inspira lalu beliau memecut laju cuba untuk membuktikan yang Lancer lebih bagus. Ini semua bermula kerana disebabkan EGO yang tinggi. 

 

Biasalakan orang Malaysia kita.. Bila pakai Lancer, cakap Inspira hampeh.. selalu aku dengar.. Kemalangan ini mmg human error dan sepatutnya dapat dielakkan jika berhati hati dijalanraya.. Aku juga teramat sedih bila perkara sebegini terjadi lebih lebih lagi turut mengorbankan org lain yg tidak bersalah.. Tolong jangan salah anggap pendapat aku k.. bukan nak mengaib ataupun mengutuk pemandu tersebut cuma ini pesanan kepada semua.. 

 

AL-FATIHAH UNTUK MANGSA.. SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG YANG BERIMAN... AMIN....

kasperia
kasperia

 @aenz81 kalo hgpe prcaye crite ni hgpe bodoh. hahahahaha

Detective Konon
Detective Konon

@kasperia Ko yg dh mambos nape dok sibuk kat sini? Pi berambus mask kubur ko... Bangang nye palesit!!!

azman
azman like.author.displayName 1 Like

 @aenz81 amat setuju .. sepatutnya .. buang EGO Tu.. kalau laa EGO tu  masih ada kat AKU dah lama aku pakai LANCER..tapi sekarang nih tetap memilih BLM disebabkan aku yakin aku tak confident memandu laju dengan BLM

OME
OME

 @aenz81 tp aku xstuju la ngan pndapat ko...sbb apa, ko kena ingat, lorong sblah kiri tu ada bas dn kenderaan lain..... dah mcm mana la pmandu lancer tu nak pergi ke lorong kiri......

aenz81
aenz81 like.author.displayName 1 Like

 @OME Cuba baca dan fahami perenggan 3 hingga 6 artikel diatas ya encik OME. Sudah jelas Lancer dan Inspira berkejaran pada kelajuan 200km/h selama 5 minit sebelum tiba pada sekumpulan kereta dan bas yang berada jauh didepan. Cuba bayangkan pada kelajuan 200km/h selama 5 minit, berapa jauh bas dan kederaan lain berada didepan sebelum mereka menghampiri tempat kemalangan?? Masih kurang jelas encik OME??

aenz81
aenz81 like.author.displayName 1 Like

 @OME Sebenarnya awak perlu baca dan pahami betol2 penerangan diatas.. Sebelum Lancer arwah dan Inspira tu menghampiri bas dan kenderaan lain di tempat kejadian, Mereka boleh dikatakan BERLUMBA SEBELUM TIBA ditempat berkenaan sehingga kelajuan mencecah 200km/h masing masing untuk Lancer dan Inspira dan bukannya Inspira tu speed 200km/h dan Lancer 140km/h sewaktu kemalangan. Pada pandangan saya, sepatutnya Lancer tersebut membiarkan Inspira tersebut memotong beliau yang pada keitka itu memandu pada kelajuan 140km/h dan membiarkan Inspira tersebut pada kelajuan yang dia mahu dan bukannya turut ikut berlumba..  Sebab itu saya katakan yang kemalangan ini bermula disebabkan oleh EGO yang tinggi kerana pemilik Lancer tidak mahu dikalahkan oleh Inspira. Minta maaf byk2 kepada keluarga arwah kerana saya tidak berniat untuk mengutuk ataupun mengaibkan sesiapa..

 

Kepada encik OME, Cuba FAHAMI BETUL BETUL ARTIKEL DIATAS SEBELUM  MEMBUAT APA APA ANDAIAN boleh?

Blog Widget by LinkWithin