Oh! Maklumbalas Akhir Aduan Ulat Dalam Karipap Secret Recipe

Kisah ini pernah menggemparkan seluruh Malaysia sebelum ini dan mengundang pelbagai spekulasi tidak baik kepada Secret Recipe. Berikut adalah maklumbalas akhir dari Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai aduan seorang pelanggan Secret Recipe yang menjumpai ulat di dalam karipap yang dibelinya. Jika anda terlepas isu ulat dalam karipap ini beberapa bulan lepas, anda boleh lihat semula artikel kami bertajuk, Oh! Ulat dalam karipap Secret Recipe.

Tuan,

PERKARA: MAKLUMBALAS AKHIR ADUAN TERDAPAT ULAT DALAM MAKANAN

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan maklumbalas awal kepada tuan sebelum ini.

2. Sukacita dimaklumkan pihak Pejabat Kesihatan Putrajaya telah membuat siasatan di Secret Recipe, 28, Jalan Diplomatik, Presint 15, 62050 Putrajaya pada 20 Mac 2012. Hasil siasatan mendapati karipap digoreng pada jam 9.00 pagi dan dipamerkan di dalam bekas lutsinar yang mempunyai penutup. Lalat boleh hinggap dan bertelur pada karipap tersebut apabila berlaku kecuaian iaitu penutup tidak rapat atau dibiarkan terbuka. Karipap tersebut masih dijual pada jam 5.40 petang. Tempoh lapan jam dan suhu persekitaran yang panas adalah sesuai untuk telur lalat menetas dan menjadi larva.

3. Pada hari yang sama pihak Secret Recipe Putrajaya telah memeriksa semua baki stok karipap yang ada dan larva lalat tidak dijumpai.

4. Pihak kami merumuskan pencemaran boleh berlaku semasa karipap dipamerkan untuk jualan dan boleh berlaku kecuaian di pihak penjual dalam memastikan lalat tidak hinggap pada makanan. Pihak Secret Recipe Putrajaya telah diarah mengambil berat semua cadangan-cadangan pencegahan yang diberikan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang. Pihak Secret Recipe Putrajaya juga diingatkan tindakan undang-undang dan boleh didakwa di mahkamah boleh dikenakan bagi kesalahan menjual makanan yang mengandungi bendasing.

3. Bahagian ini mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan tuan membangkitkan isu ini dan berharap tuan berpuashati dengan penjelasan ini.. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dirujuk kepada saya di talian 03-8883 3599 atau e-mel : abdrazak_m@moh.gov.my

Sekian, terima kasih.

Abd Razak bin Moin
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Cawangan Pematuhan Domestik
Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri
Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel: 03 8883 3888
Fax: 03 8889 3815

OHTIDAK: PADA KAMI ISU INI MUDAH BENAR DISELESAIKAN. MEMANG BENAR APA YANG DIJELASKAN TAPI DARI MANA PULA DATANGNYA LALAT DI DALAM SEBUAH PREMIS YANG KERING (DIBAHAGIAN RUANG MAKAN) YANG BERSIH?

gayekinisya

65 comments
duanz2008
duanz2008

KARIPAP LAMA. digoreng semula, due date habis, telur lava memang dah ada. YANG PENTING, semua kena tipu, secret recipe dapat duit. Bukan secret recipe nak ganti pun.

 

padan muka
padan muka

lalat tu la secete recepi nye..ape la korang ni

Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim
Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim

bukan berak k. Lalat atau nama scientific dia musca domestica lay eggs and hatches within 24hrs n become larvae. This is called complete metamorphosis. Lalat tu regurgitate their saliva. Ada 6 faktor tarikan utk vectors ni sume n cause contamination. Nutrient, time, presence of O2, temp, pH, moisture

ariefyc
ariefyc

Wow..lalat mutant X ni,8 jam dh menetas. Biologi 101,dlm suhu 35c pon amek masa 24jam utk menetas.

mohdaizzal
mohdaizzal

sedangkan dalam aty yg bersih tu pon masih ada yg itam, inikan pula karipap...

Munawir Zackry
Munawir Zackry

pernah kena serve nasi lemak basi..aku lah raja nasi lemak peminat nasi lemak,dlm satu bandar negeri aku,semua aku pernah makan..tapi SR ni,mcm bau lain sikit nasi lemak dia,aku tak kesah pon..sampai lalat dkt nasi lemak aku,aku halau je xtau ape kena nasi lemak tu aku tibai je.last2 sakit perut hahahaha D:

Zaeiniah Tajuddin
Zaeiniah Tajuddin

memang kat secret recipe banyak lalat dan langau ...sampai masuk dalam tempat kaca bertutup....

Risziana Sugiri
Risziana Sugiri

betul ke surat ni? sape2 blh taip..nk jtuhkn org cm ni la caranye..

Abg Mad
Abg Mad

abok dyan.....kalau lalat tu berak kat inti masa diproses....bila kena goreng mampuis habis la ulat tu...jadi ulat ranggup la pulakkkkkkk.

Zariful Ben
Zariful Ben

Makan karipap warung tepi jalan lagi best...

Abok Dyan
Abok Dyan

ni dorang check yang kat luaran je...ada x dorang cek inti karipap tu masa dproses.mana tau masa tu lah lalat tu berak.bukan berak waktu dah d goreng,tapi lalat tu berak kat inti karipap tu

Aishah Nor
Aishah Nor

maaflah ya tuu mgkin ksilapan yg trdpat kt secret recipe sbnarnya byak lgi di tmpat lain yg blum diketahui atau dihebahkn ,sya sndiri pnah trlihat pau yg didlm kkusa ada lalat yg mngeliling sdangkn peniaga tuu tk prasan lnsung dn sya tnjukan de pekedai tu cma ia ckap ohh nanti,2,,,??hilang selira sya nk bli krna dh trcemar oleh lalat....ia msih di jual dikdai 2 mkanan bermakna tahap kebersihannya rendah ,pai skg sya tk mhu membli pau disni...............so behati2lah yaa.....

mieblack
mieblack

penyiasatan ...lepas tengkuk...ada masyukkkk..syarikat...besar.....tuuu

Zigzag Ejay
Zigzag Ejay

lor..nma pon secret recipe..tol la tu..

Teddy Gurlz
Teddy Gurlz

Yg ni psl kes ulat dlm karipap, yg kes timbul cacing pulak mcm mn ek citernyer. SR kat puchong tu..

Farid Jawani
Farid Jawani

@herri ajak2 ayam kan? Kang satu fanpage ni dtg kang..pengsan wat karipap..

Farid Jawani
Farid Jawani

@amirul nizam azizi hamboi, lalat skang bukan main pilih tempat mahal ek, mahal kot karipap tu. Dah x layan sampah haha

Chinta Chanduri
Chinta Chanduri

Nama ja glamer tp serve makanan basi n belalat. Huh...mau jimat outc0me m0ney k0t..huhu bek g kdai mamak..

AxeeLa Roon
AxeeLa Roon

silap staff die r~ bkn silap kilang SR yg bwt karipap 2~ hm bwt malu tul~

Herry Gonzalez
Herry Gonzalez

Thanksss..xmo gaduhla pasal karipap ni..mak aku wat pun sedap..mehla dtg umah kalo nk rase,percuma :)

Farid Jawani
Farid Jawani

Satu g, pd ari yg sama pihak SR dah check geng2 karipap yg seangkatan dgn yg ade ulat tu katenye tiada larva lalat dijumpai...(o.o)~~~~~

Amy Amierra Rosley
Amy Amierra Rosley

Before this perna kena serve kek yg dah basi dkt secret recipe kk

Farid Jawani
Farid Jawani

@herri dia bgtau siasatan karipap digoreng pd 9pg & masih dijual pd 5.40ptg. Dlm tempoh dan suhu camtu tu mmg ade kemungkinan utk larva lalat membiak dlm pappap tu. Disebut maybe kelalaian org yg handle xtutup rapat atau xtutup display kaca tu. So, diorang dah bg garis panduan utk SR ikut kalo x tindakan lebih tegas akan diambil. Sikit info buat yg xleh bukak omedia ni...hehe

Oh! Media
Oh! Media

Maaf kalau tak boleh buka. Beribu hits serbu masuk setiap saat. Jem server sekangkang kera kami. Hihi. Nanti cuba masuk semula ya.

Radzi Ali
Radzi Ali

herry, cerita2 biasa je. gosip fasha sandha makan karipap tak baca bismillah.ada peminat ternampak pastu diaorang rakam.

Travis Stryderz
Travis Stryderz

Resepi rahsia la sangat kan...so rahsiakan sahaja la...diam2...syhhh...hehehe

Rasman Edwin
Rasman Edwin

Kalo org yg buat Surat dpt ulat, mesti lain cerita...

Amizan Ali
Amizan Ali

bayangkan kalau main suap je, tak cek betul2...

Herry Gonzalez
Herry Gonzalez

Sape dpt bukak meh cite skit kt sini..gua guna hp xle bukak lak

Alanzo Shariff
Alanzo Shariff

biasanye kes kat malaysia ni..kalau mati baru ada ambil tindakan. secara normal nye la..bg ak die bg surat ni kira mcm ada budi bicara..kcuali kalau yg kene pangkat dato..then ada tindakan segera

Iza Hamdan
Iza Hamdan

aku kalo guna broadband..x pernah lepas nak view web ohmedia ni..

Hafis Adnan
Hafis Adnan

mahal2 SR mahal lagi tutti fruti puihhhhhhh

УusЯy Уusof
УusЯy Уusof

soheh ke artikel ni??pastikan kesohehannya bru nilai...

Are May
Are May

Ingatkn internet slow.. Rupanya server hang yg slow..

EJ VirGs
EJ VirGs

kalu xde angin mau pokok nk bgoyg kawan,,,,,,company besar kan,,pgawai kerajaan ramai yg korup,,,

Blog Widget by LinkWithin