Oh! Pengutip kotak serahkan kembali RM133,000 yang dijumpainya

TAWAU – Seorang pemandu lori perabut yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambilnya di tepi jalan mengandungi wang sebanyak RM 133,300.

Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenan ke Ibu Pejabat Polis Dearah (IPD) Tawau sebelum diserahkan kepada pemiliknya.

Menceritakan penemuan kotak itu, Bahar berkata, dia melakukan kerja sampingan dengan mencari kotak terbuang sebaik tugasnya sebagai pemandu lori selesai jam 6.30 petang setiap hari,

“Selepas tamat waktu kerja saya akan mengelilingi pusat bandar mencari kotak terbuang untuk dijual.

“Ketika melakukan rondaan, saya melihat satu kotak yang dibuang ditepi jalan dan terus mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah,”katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam

Sebaik tiba di rumah di Batu 5, Jalan Apas, dia menurunkan semua kotak berkenan untuk dilipat dan disusun .

Bagaimanapun, dia berasa aneh apabila satu daripada kotak dikutip agak berat berbanding kotak lain.

Katanya apabila membuka kotak berkenaan, dia menemui tiga bungkusan besar dan hampir pitam apabila mendapati semua bungkusan mengandungi wang tunai.

Bahar berkata, dia sudah melakukan kerja sampingan itu sejak lima tahun lalu dan pertama kali melihat wang tunai sebanyak itu di depan mata.

“Saya tidak berani mengira jumlah wang itu kerana bimbang dituduh mencuri atau terbabit dengan sebarang jenayah.

” Memang semalam saya tidak dapat tidur kerana memikirkan wang yang ditemui dan akhirnya membuat keputusan menyerahkan semua wang itu kepada polis,” kata bapa kepada 12 anak itu.

Bahar tidak terlintas untuk mengambil wang berkenan kerana ia bukan miliknya.

“Wang ini bukan hak saya selain simpati dengan pemiliknya, saya menyerahkan kepada polis.

“Mungkin pemilik mahu mengunakan wang ini untuk tujuan lebih penting,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Dearah Tawau, Asisten Konisioner Ibrahim Chin ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan mengenai penemuan wang itu dan wang terbabit sudah diserahkan kepada pemiliknya.

” Wang ini diserahkan kepada pemiliknya selepas melihat kepada bukti sahih yang dikemukakan.

” Polis menghargai kejujuran dan sikap amanah ditunjukkan Bahar yang tidak mengambil wang berkenan walaupun satu ringgit,” katanya. – Harian Metro & MNH

OHTIDAK: OMG! RESPEK PADA PAKCIK NI. RESPEK! BELUM TENTU ORANG LAIN NAK BUAT BENDA YANG SAMA BILA DUIT DAH DI DEPAN MATA. SELALUNYA BILA JUMPA JE TERUS AKAN CAKAP, “REZEKI”. HAAHAA. TERINGAT PULA CERITA JUTAWAN FAKIR.

gayekinisya

398 comments
Sarip Dol
Sarip Dol

Silap. Hantar. Dapat. Pahala

Nairul Izah
Nairul Izah

baiknye hati pakcik...bkn sng nk jmp org pakcik 2

Liya Anuar Liya
Liya Anuar Liya

Tiba2 teringat citer jutawan fakir..apek bwak kotak naik tenggiling dye..mulia hati pakcik ni,ade ganjaran dariNya utk org yg amanah :)

Sha Khalid
Sha Khalid

Jarang sgt jumpa org yg tulus mcm ni skrg.... TAHNIAH PAKCIK... smoga pakcik akn dilimpahi nikmat rezeki berganda d ms akn dtg... amin

Nasrul Ambia
Nasrul Ambia

mulia sungguh hamba allah nie ...moga2 tuhan bagi rezeki yg melimpah

Harban Sixus
Harban Sixus

darah daging hasil dari duit haram akan dibakar oleh api NERAKA, cara utk menghilangkan darah daging yg haram hasil drp makan duit haram perlulah mencari tuan punye "DUIT" utk mintak di "HALAL'kan, salah satu sebab seseorg dimasukkan ke dlm "NERAKA" krn terlalu memandang ringan soal hukum, mati boleh datang bile2 masa tanpa amaran

RansFourna Syeh D
RansFourna Syeh D

beramanah selagi mampu jujur sama hati..... esok hari hari kita jangan fikir senang saja memang bertuah dapat rezeki depan mata tetapi lebih mulia lagi apabila dipengadilan hari muka......

Syam Vd Patchy
Syam Vd Patchy

Kesian pakcik ni dapat puji je. Korang taknak sedekah kat dia rm100 setiap oh media likers? Sedekah la kan dia dah tunjuk sifat mulia dia :)

Samo Laden
Samo Laden

Terserah kpd hati masing2...klu kuat imanny,insyallah...

Jim Fuko
Jim Fuko

wow, godaan syaitan tu kalau jumpe duit bnyk tu...

Fir Daus
Fir Daus

Klu aku tmpt dia...memey x r...

Shalynda Aad
Shalynda Aad

133hebu aku x ambik..klau 133juta aku hambik Нɑнaнɑº°˚˚°º =D

Ayusnazlíe Yus
Ayusnazlíe Yus

padahal belakang punya cerita.. dia dah selit separuh dari nilai yg dia jumpa.. kehkehkeh..

Athong Manta
Athong Manta

Sya suka ngan admin ni. Tiap kali sya ajukan soalan pasti ada jawapan. (Y)

Oh! Media
Oh! Media

Athong Manta, hasil rompakan mungkin. Diletakkan sementara untuk diambil kemudian. Lebih kurang macam cerita Jutawan Fakir.

Athong Manta
Athong Manta

Admin, soalan: kenapa ada orang letak duit dalam jumlah yg banyak didalam kotak di tepi jalan. Metrol ke ni? Kah kah kah. Joke.

Conspiracy Mardy
Conspiracy Mardy

Bebudak luxor pon amik gambo nie buat modal : "Pakcik kutip kotak pon leh jadi kaya sekelip mata dgn MLM", KAH3 ....

Roby Clevon Monjuil
Roby Clevon Monjuil

buat bisnes......dah untung balik 133k......baru cakap dlu sye jumpa duit ni bikin modal sekarang dah ade reseki dah nah nak bagi balik ni..hahahaha hebat kan

Oh! Media
Oh! Media

Kami pernah post dulu. Untuk post ini kan kami ada tulis di awal ayat, "Mungkin ada yang belum pernah baca". :)

Ratuaini Ruslan
Ratuaini Ruslan

wahhh mulia sungguh hati dan baik sungguh hatinya..moga allah berikan nya.rezeki lebih murahh lagi pasnie insyaallah

Gemini Hime
Gemini Hime

klu jumpe beli ipad, iphone, mac book, imac pastu bakar.. last upload gambar tu kat fb..

Izzuan Ishar
Izzuan Ishar

pergghh,,.. klo aku nak simpan sket utk byr PTPTN... pastu baru bt repot... LOL ... hahahah

Yatie Yebb
Yatie Yebb

jujur org nip... kt dunia x dpt nikmat kesenangan...kt akhirat kelak....??? subhanalllah

Halim Halims Alims
Halim Halims Alims

kisah benar ni...1 Tawau tau cerita pakcik ni..sungguh mulia hatinya

Ikhmal Yusoff
Ikhmal Yusoff

jgn pandang pengutip kotak sebelah mata..hati diorang lebih murni dari majoriti semua org lain

WLU 75
WLU 75

respect la......salute.

Blog Widget by LinkWithin