Ini adalah satu email yang disampaikan oleh pembaca. Dari apa yang kami terima, Kadang-kala kami lihat macam ada cubaan untuk menerapkan budaya tidak sihat pada kanak-kanak. Bayangkanlah pensil warna pun dah dikeluarkan dalam bentuk rokok. Macam dah takde bentuk lain lagi. Ada implikasi tidak sihat pada kanak-kanak. Cubalah anda renung-renungkan sendiri sejauh mana kesannya.




Kepada ibu-bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, hati-hatilah agar anak anda tidak menjadi salah seorang yang memiliki pensil warna seumpama ini. Jika bukan dari anda, mungkin dari rakan-rakan atau orang lain di luar sekolah. Ataupun gambar pensil warna rokok ini hanya rekaan semata-mata pihak tertentu? Itu kami sendiri tak tahu dan apa yang pasti, kita sentiasa berhati-hati sahajalah dan minta kebebasan pada membuat sesuatu rekaan tidak terlalu terbuka hingga mampu memberi kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang.
- Foto Syafiq Azli.
OH!TIDAK: PELIK-PELIK BETUL ZAMAN SEKARANG NI. RAMAI PENIAGA YANG NAK MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA.




