Oh! Respon Bekas Pekerja Secret Recipe

  • Share
  • Sharebar
  • Share

Berikut adalah satu respon dari bekas pekerja Secret Recipe yang menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di Secret Recipe itu sendiri. Dengan kejadian karipap berulat baru-baru ini, sekali imbas kesalahan terbesar tentulah ditujukan kepada Secret Recipe (SR), tapi tidak ramai tahu bagaimana prosedur yang telah lama wujud di SR sebenarnya amat ketat bagi memastikan kualiti setiap barangan yang dijual mereka. Jadi di mana silapnya?

Ikuti respon dari bekas pekerja Secret Recipe ini.

Assalamualaikum.

Saya merupakan bekas pekerja di Secret Recipe. Setelah membaca komen yang ada di blog ni, boleh saya katakan yang belum ada seorang pun wakil yang berpengetahuan mengenai prosedur pengurusan makanan di Secret Recipe yang menerangkan tentang fakta sebenar.

Sepanjang perkhidmatan saya di Secret Recipe, saya telah ditempatkan di bahagian Cake Counter, bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kek, pastry dan kaunter. Jadi, saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menerangkan tentang sebab berlakunya kes ini.

Pertama sekali, bahan makanan yang menjadi isu sekarang ialah “Chicken Curry Puff”, sejenis pastry. Prosedur mengendalikan “Chicken Curry Puff” ialah seperti berikut ;

1. “Chicken Curry Puff” disalut dengan satu lapisan telur.
2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalah ketuhar sehingga ‘naik’ dan kembang.
3. “Chicken Curry Puff” diletakkan di dalam “brownie cabinet” di mana suhunya adalah tinggi berbanding suhu bilik.

Jangka hayat “Chicken Curry Puff” selepas dibakar adalah lebih kurang 5 hari. Prosedur untuk menghidangkan “Chicken Curry Puff” adalah seperti berikut.

1. “Chicken Curry Puff” dipanaskan di dalam ketuhar mikro selama 2 minit. Suhu selepas dipanaskan mencecah 200′C.
2. “Chicken Curry Puff” dibakar di dalam ketuhar selama 1 minit untuk tekstur doh yang rangup.
3. “Chicken Curry Puff” dihidangkan kepada pengguna.

* Prosedur ini juga tertakluk sekiranya pelanggan ingin membawa pulang “Chicken Curry Puff” tersebut.
* Bau “Chicken Curry Puff” yang elok dan “Chicken Curry Puff” yang tidak elok amat berbeza dan selalunya dapat dikenalpasti oleh pekerja.

Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa prosedur pengendalian produk “Chicken Curry Puff” yang telah digariskan oleh HQ Secret Recipe sangat baik untuk menjaga kualiti produk tersebut. Namun begitu, bumi mana tidak ditimpa hujan, kesilapan yang dilakukan oleh pekerja sedikit sebanyak menjejaskan kualiti produk tersebut.

Antara kesilapan yang mungkin telah terjadi dalam kes ini ialah ;

1. “Brownie display cabinet” dibuka terlalu lama sehingga menyebabkan lalat atau serangga perosak lain masuk ke dalam kabinet tersebut.
2. “Chicken Curry Puff” telah melebihi jangka hayat 5 hari dah hal ini tidak disedari oleh pekerja.
3. Pekerja tidak mengendalikan “Chicken Curry Puff” mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Oleh itu, ingin saya tegaskan bahawa perkara ini adalah kesilapan insani dan para pengguna tidak seharusnya memboikot terus restoran Secret Recipe.Akhir kata, saya ingin menggariskan beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh para pengguna agar kes seperti ini tidak berlaku.

1. Perhatikan gerak geri pekerja. Pastikan dia mengendalikan produk pastry mengikut prosedur yang telah saya terangkan tadi.

2. Teliti dahulu pastry yang dipamerkan di “brownie display cabinet”. Sekiranya kelihat lemau atau tidak elok, dinasihatkan agar tidak membeli produk tersebut.

3. Sekiranya anda makan di restoran tersebut dan telah memesan pastry, bau dahulu produk tersebut sebelum makan. Sekiranya normal, potong bahagian tengah dan teliti isi dan dohnya. Begitu juga sekiranya anda ingin membawa pulang. Bau dahulu pastry tersebut.

4. Sekiranya berbau tidak elok, tolong minta pekerja tersebut meneliti produk yang telah anda beli. Sekiranya benar sudah tidak elok, minta dia ganti dengan yang baharu; bukan dari dalam brownie cabinet tetapi yang baru dibakar. Anda akan perlu menunggu untuk beberapa minit, tetapi itu lebih baik berbanding makan produk yang tidak elok.

Yang benar,
IDMR.

Terima kasih kepada Mazliana Maadam di atas perkongsian yang dikongsikan bersama Oh! Tidak ini. Kami rasa ada benarnya di mana adalah tidak adil untuk kita menghukum Secret Recipe seluruhnya hanya disebabkan kelalaian pekerja untuk memastikan kualiti karipap yang dijual. Jika anda masih tak tahu tentang kejadian karipap Secret Recipe berulat sebelum ini, anda boleh refer artikel kami sebelum ini.

OH! TIDAK: PEKERJA ADALAH MANUSIA BIASA YANG TAK LEPAS DARI KESILAPAN SEBEGINI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBELI JUGA UNTUK MEMASTIKAN KUALITI BARANGAN ATAU MAKANAN YANG DIBELI.

Share artikel ini di FB
* Jika anda merasakan entri ini amat kool untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbshare di atas ini.

About Gadis Lonely?

Well, You Know me... Right?
This entry was posted in Sengal and tagged , , . Bookmark the permalink.
Hands Bag Galore
elzahraa
Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
KaydaHashim 5 pts

Pada saya Secret Recipe tetap salah sbb pekerja tu bawah pengurusan mereka, bermakna merekalah yg kena bertanggung jawab, takkan nak salahkan pembeli pulak?

Klu dah pembeli yg nak  kena check semua, abis tu apa guna pekerja ramai2 dok kat situ? Baik tak payah. Korang rasa, logik tak klu setiap menda yg kita nak beli kena bau & pegang dulu baru beli? SANGAT TAK MASUL AKAL !!!

chumie_chombie 5 pts

betol gak... jgn d salahkn secret recipe sgt...tah2 bdk yg keje tuh maen bg jek pastr dah dkt 1mggu lbh..malang nye lah org yg beli... geli plak aku nk mkn ...hhahaha

aku tau kebenaran 7 pts

ai...xkan la setiap kali nak beli makanan kat secret recipe nak kene tengok dulu pekerja, nak kene cium bau dulu la, nak kene potong tengah la, nak check satu2 la...mane rase selamatnya nak makan kalu camtu, daripada camtu, baik xyah beli terus...menyusahkan je,..baik beli menda yang jelas2 da memang bersih, baik...adoi....pasni nak kene duduk sejam 2 bawu leh makan, sebab nak check dulu ok ke x....ntah pape,..mane leh camtu..nak keje, kene la 100% bersih,. nak bagi makan kat orang..bukan nak bagi makan perut sendiri..buat la betul2....  grrrrr!!! =.=*

bodoh banggang....kalu ko g makan kat kedai orang, ada ulat sampah lam tu....bukan main melenting..nak saman terus...

 

 

Melayu kecoh nak makan kat kedai Cina, Cina tak pulak sibuk nak makan kat kedai Melayu. Dah lah tak hormat bahasa Melayu, tulislah Karipap Ayam. Bodoh lah korang yang suka sangat makan kat Secret Recipe tu, dahlah mahal, tak berbaloi. Gi makan kat Restoran Melayu kan bagus, murah, bersih dan lebih terjamin status HALALnya. Kedai Cina, biar Cina ajelah yang makan. Orang Melayu lebih pandai buat karipap.

wah! macam hitler la ko...

lu kecoh la.melayu islam konon.

mana kau tau sume restoran melayu halal?? ada brape banyak restoran or gerai melayu yang apply sijil jakim?? cuba gtaw ak... ak bukan xsokong restoran melayu, tapi persekitaran aku dikelilingi restoran melayu, cina, india dan restoran yang kena bayar servis caj... so, aku pegi tmpt yang aku yakin... tu jek...

 

dan ada satu restoran melayu ni, niaga kat tempat lain, tapi masak kat rumah... klu korang pergi rumah dia korang taw lar camna dia masak... dgn sampah yang dia simpan dalam rumah sampai seminggu, cuba bayangkan sampah sisa ayam, ikan korang siang tu dibiarkan seminggu.... (bau macam kat land fill da)... aku sampai pasang air purifier 24 jam, tutup tingkap 24jam.... ni kira bersih ke ni?? ops lupa.... korang kan takde masa nak cek sume benda2 ni... sume da hidang depan mata... 

 

bye2....

docriez 5 pts

kalau semua customer nak kena check...pekerja tu nak wat keja apa? xdak masa aku nak pi check itu ini semua!!!

tak jdi secret dah la...hahahahahha

MiuKenichi 5 pts

inilah jenis keikhlasan zaman moden 

Conversation from Facebook

Ady Melodic
Ady Melodic

Saudara yg fikir gambar profile dia paling encim kat atas ni: Mulut ko ni mengalahkan longkang ke jamban ke atau loji indah water? kau ni mesti kaum2 sejenis azwan a.. n geng2 yg suka lepak kat lorong Hj Taib Chow Kit yg, berjiwa sotong tapi mulut macam anak haram. Tak patut layan arr org mcam kau ni yg kononnya bagus sangatlah komen ko tu. HAMPEH AJE!!... "ADA ADY KESAH?" hehehee

Eva Rania
Eva Rania

Wan..komen u sgt teruk la...

Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim
Juwairiyah Mohd Zulkifli Lim

huhu cleaning kne wat frequently, cleaning schedule pon kne organise selaluu.. at least 1x smggu mengikut frequency. then klo food poisoning, dlm perut kita pun ade microbes tapi itu namanya commensal, tapi yg can cause illness tu pathogen.. growth of microbes adalah dari 4 hingga 63`C --> danger zone.. storage n distribution kne betul, proper food handling by food handler or occupier. pasal ulat tu maggot ke? bila musca domestica (lalat) hggap di mknn egg will be hatch within 24 hours. bila lalat terbang2 dkt mknn/utensils tu pun da membawa byk: either parasite, viruses, archaea, microbes pathogen ape sume

lensacahaya.com
lensacahaya.com

hahaha..

Azwan Muhammad
Azwan Muhammad

percaya ke x...kes nih sekejap je...same mcm jumpe katak dlm mee kari OTWC..mule2 bisg...last2 diam je...tgk rmai lagi org melayu mkn kat situ...xkisah lah sape salah..tpi kes mcm nih mmg patut ke mahkamah n dibicarakan..hak pengguna..sbb fikiran org kite nih lah buatkan die org lagi sedp berniaga dgn menipu...contoh beli gula..dkt pek 1kg..klo kite timbag kurg 1kg kite ade hak nk saman..same mcm mkanan klo basi ulat ke ular ke...kite ade hak

Zulhisham Mat Hassan
Zulhisham Mat Hassan

inilah masyarakat zaman sekarang terlalu bangga sangat nak makan tempat ada kelas konon luar negara, walaupun mahal walaupun tak mampu nak tunjuk ada stail konon.banyak lagi product malaysia kuih2 buatan tempatan lagi sedap lagi murah.tapi dah tak sedar diri dan tak pernah sedar dari mana asal usul.aku pun tak sanggup nak masuk tempat mcm tu, bukan tak ada duit tapi harga makan tak padan langsung. hempeh.kayakan bangsa asing buat apa. cuba la fikir2kan. kalau bangsa lain dah saman menyaman.

نور حشام
نور حشام

senang karipap masak sendirilah

Syahmi Sauveur
Syahmi Sauveur

memanglah rakyat malaysia berhak untuk bersuara, tp kenapa bila dah ade seorang yang bersuara baru ade yang lain nk bersuara. tak perlu nk heboh kat facebook kalau nk bersuara bagai. apa salahnya kalau korang call jek hq dorang terus. bagi aduan. nie bila dah ade orang cerita karipap dia berulat. tiba2 pulak ade orang post makan kat SR pastu kena food poisining laa itu lah ini lah.

Datin Belum
Datin Belum

pernah makan di sr bangsar, order greek salad. sepatutnye letak bread crouton tapi depa bagi butter dipotong cube adalah dalam 5 6 ketul. nak termuntah. tapi kesian punye pasal sebab tengok muka adik adik ni, tak lah buat kecoh, tinggalkan je tapi dah tak pi dah kat situ.

Aduka Ayob
Aduka Ayob

Pkerja Kfc buat hal...manager trub mnta maaf kt umum....ni SR buat hal..manager sr ade mntk maap tak?? Walau brlainn isu...tp melihatkn customer...

Maria Cassiopeia Rms
Maria Cassiopeia Rms

Inilah namanya mementingkan jenama dari kualiti..setuju?

Azhar Angker
Azhar Angker

ini la undang2 di malaysia,,rata-ratanya satu kehilangan nyawa melayang, baru akan di ambil tindakan,,,tiada sebarang pencegahan dilakukan,,,sendiri mau pikir la!

Balthazar Blake
Balthazar Blake

dengan selamba MU membelash spurs..Glory2

Aleesya Azmi
Aleesya Azmi

elok gak di hebohkan kt sini..dulu ktrg pnah je kene kt SR ni, tp bile kite ckp elok2 kt manager die, die just ckp sori pastu tukar baru..tu je la tindakan yg di ambil...maybe da belambak2 org kene, tp xde sape yg rajin utk take action to higher authority..kite byr mahal kt SR, siap service tax bagai, elok la suarekan..kalo kite mkn kt kedai biase2 pon, ade lipas dlm mangkok kite, korg pegi lg ke kedai yg lipas tu?mesti tak kan?"x hingin da ako mkn kt sini, KOTOR"..stakat kedai biase mmg x heboh la satu Malaysia sbb sape je pon yg akan kenal kedai tu, jiran2 je yg tau..ni merata ade cawangan, tu pasal heboh..ape la org yg marah2 ni..

Airmie Bravo
Airmie Bravo

karipap peram rupanya hahahaha 5 hari tu

Naszhell Juhari
Naszhell Juhari

patutlah hantu makcik karipap mengeluh karipap x laku.kerana karipap secret recipe hantu makcik karipap yg menanggung kerugian lalala...

Izwan Is
Izwan Is

yeah benar...pakai duit maa...bukan kita g mintak sedekah...kah kah kah..

Azhar Angker
Azhar Angker

Wan Adieruddin Wan Ahmad,,belagak la pulak,,,suka hati aku la nk cakap apa? ada menyusahkan ko ke?,,perkara ini melibatkan makanan,,so kene la paham,,kalau mati org tu kerana keracunan makanan, ko nk tanggung ke,,cuba la pikir guna kan otak sikit,,ini bukan cerita pasal harta benda,,,tapi soal makanan, perlu di titik berat!

Wan Adieruddin Wan Ahmad
Wan Adieruddin Wan Ahmad

Azhar Angker...Yucksss slogan u tuh...Watever la bawa la ke mana-mana isu surenye akan senyap ajee... ~LOL~

Azhar Angker
Azhar Angker

pelanggan ada hah mutlak,,tolong bawa kemuka pengadilan,,

Jiejo Car-junk
Jiejo Car-junk

manusia yg silap

Cik Ara
Cik Ara

kalo sr cume beli kek bluberry cheese cake... itu pn jrg beli...yg len x beli.hehhe

Azhar Angker
Azhar Angker

boikot je,,pekerja SR x seharusnya memandang remeh-temeh terhadap mkn tanpa usul periksa, utk di beri kepada pelanggan,

Rashimus Latif
Rashimus Latif

Sepatut nye pihak syarikat perlu menjage kebersihan xkire lah mcm mane bakteria itu masuk atau lalat boleh bertelur yg penting makanan xsepatutnye terdedah dan harus ditutup...dlm hal mcm ni meraka harus lah bertanggungjawab klu nak terus berniaga di Malaysia...jgn ambil mudah je...

Cazy Synthesizer
Cazy Synthesizer

guano gocoh pasal karipap pulok ko? keke...

Kak Zie
Kak Zie

andai nye pekerja itu commit dgn tugasan nye perkara ni tk kn blaku. Makanan yg telah expired mesti terus b buang bukan di simpan dan di tukar tarikh luput semata mata tak mahu menanggung kerugian...

Andy Sovesky
Andy Sovesky

kes Secret Recipe takda sapa berani kata!! sebab syarikat bukan melayu... kalu melayu punya dah lama kena kutuk

Naqs Guy
Naqs Guy

saya pernah bekerja sebagai tukang masak selama 5 tahun di salah satu universiti terkemuka diMalaysia dan bagi saya apa yg jadi ni bukanlah 100% kesilapan dari premis itu sendiri,kesilapan ini terjadi dari kilang memproses karipap itu sendiri,kita andaikan inti yg digunakan itu sudah dihinggapi oleh lalat yg mana telah bertelor diatasnya tanpa disedari oleh crew2 yg memproses inti tersebut,maybe orang boleh kata kalau dah digoreng mestilah benda tu akan mati,tapi ada juga kemungkinan yg proses pembakaran/pengorengan tidak dijalankan mengikut prosuder yg telah ditetapkan,seperti yg disharekan oleh seorg pengomen di website oh!tidak Muhammad Anas Othaman ape la korang merepek ni..selaku microbiologist makanan, biar saya komen skit...bacteria masuk chiller mahu pun frezer (up to -80degree) tak kan mati...ianya akan membuatkan bacteria dalam keadaan dorman atau tak der aktiviti...tapi kalau terlalu lama sgt tanpa ada pelindung beku (cryoprotectant) ianya akan mati juga...tapi tempoh masanya sgt lama...jadi bila makanan tu di bawa keluar, ianya akan aktif balik bila suhu sesuai...ianya akan membiak, bermetabolisma yg menyebabkan makanan basi...tapi bukannya jadi ulat...ulat2 itu adalah dari telur2 lalat yg di hinggap atas curry sebelum di bungkus dgn tepung...bila dah bungkus dgn tepung, proses gorengan pula tak betul atau suhu minyak tak betul...jadi telur lalat tak musnah...so, selepas beberapa hari...menetaslah telur2 itu...lagi satu, lalat tak boleh inject masuk telur2 dia dalam karipap yg dah siap....

Naqs Guy
Naqs Guy

Mohd Nasiruddin B Marzukh ,bagi yang biasa makan di SR dan yg menjadi pelanggan setia SR....tgk karipap tu sendiri pun orang dah kenal tu karipap dari SR..bak kata sorang pengomen di youtube @MrTubeBELON itu mmg dr sr la bro..tgk karipap pun da kenal...pastu perasan x ada kotak dia lg....garfu plastik pun sama...LOL obujin 1 day ago

Kamal Husain
Kamal Husain

selalu makan kat SR kek 1 slice dengan kopi percuma lepas jam 3 petang...kalau lunch suka makan spagetti.....ni kes terpencil dan SR pun mohon maaf dan akan siasat, terpulang lah pengguna lain nak boikot atau tak...aku pun bukan selalu pergi, sekali sekali jer.....

Plus Size Gem
Plus Size Gem

Sbg pengguna kita berhak bersuara dan setidak2nya mendapat apology dr SR's mgt jika tak mau diperpanjangkan sehingga menuntut gantirugi...atas sebab kesihatan,trauma,stress

Ahmad Bakhtiar
Ahmad Bakhtiar

Khkhkh....karipap 5 hari ko jual?bleh korang bayangkan ape punya prosedur simpan karipap smpai 5 hari?lu sanggup ke mkn karipap klu dh 5 hari?

Youdream Dress
Youdream Dress

huhu,memg mhal ler,kt sr..tp klw bnda nie,btl2 tjdi ap slhny,ambl iktibr,bukn just 4 sr,tp untk smua kdai yg tlbt dgn pmknan..dan yg pling pntg..kta blik umh,tg0k plak cra kta manage maknan kta,kt umh..klw bnda nie, x btul,kta kna bhti2,jg..event kt mne pun...hehe,

Seri Puan Norr
Seri Puan Norr

Alahai.. Kenapa nak pertikaikan plak dia jaga kaunter ke manager, Adik I penah keja kat SR dua bulan pun tahu prosedur tu.. Kalo Ada kedai lain yg milik Muslim bg g kedai tu.. Lg pun brg2 kat SR termasuk Kek adalah readymade from kilang SR.. Kat kilang tu macamana plak.. Wallahualam..

Izazy Aiman
Izazy Aiman

sory aku xckup kaya nak makan karipap kat situ...aku bli karipap kat mak cik tepi jalan jaa,aww~

Siti Ayshah
Siti Ayshah

Nobody perfect...semua org buat silap. Quality control jugak tp klu nk jd reject dlm duk controlpun blh reject...rs nk bersih lg yakin buat karipap sendiri. Lg sedap...

Rashimus Latif
Rashimus Latif

Rakyat malaysia bkan cetek akal tapi mereka ade hak untuk bersuara ini mendatang kebaikan kapade semua...bile dah jadi kes mcm ni barulah pihak syarikat kelamkabut dibuatnye baru lah nak turun padang nak pantau itu dan ini dan mengaku bekas pekerja lah....klu x duduk goyang kaki kaut untung berjuta...