Kejadian ini baru berlaku sebentar tadi (28 Feb 2013) di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Purajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2. Runtuhan ini dikatakan berlaku kerana paip yang pecah. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain seperti melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki SKVE untuk ke Purajaya dan Cyberjaya. [Read more...]
Oh! Iklan Rokok di Thailand
Thailand memang terkenal sebagai negara yang menghasilkan iklan menarik untuk ditonton dan tidak menjemukan. Berikut adalah iklan khidmat masyarakat mereka berkenaan bahaya merokok.
Makan dalam bukan?
Oh! Cara baru si penipu menjual telefon pintar di internet yang perlu anda tahu
Penipuan melalui jual-beli di internet bukanlah satu perkara baru yang kita dengar. Kita seringkali dingatkan kalau nak buat pembelian di internet, pastikan Cash on Delivery (COD) barulah beli. Tengok barang, puas hati dan kemudian barulah bayar secara tunai. Tapi kejadian yang akan kami kongsikan ini adalah pembelian berasaskan COD tetapi tetap menjadi mangsa penipuan. Bagaimanakah penipuan ini dilakukan si durjana? Bagaimanakah modus operandi mereka kali ini? Encik A menghubungi kami untuk berkongsikan pengalaman tertipu yang dilaluinya minggu lepas.
——
Salam..saya En A..salah seorang dari pengguna mudah.my..setahun berurusan dgn mudah, tiada sebarang masalah mahupun penipuan yang saya alami..sehinggalah 21.2.2013..
21.2.2013 – Pada jam 1pm saya membuka mudah.my untuk mencari iphone 5 yang ditempah oleh seorang dari pelanggan saya.utk pengetahuan saya seorang dealer telefon..jadi saya akan mencari telefon yang lebih murah pada harga pasaran dan akn menjualnya kepada pelanggan saya.selepas bertanya berkenaan dengan iklan yang disiarkan,si penjual (wanita dlm lingkungan awal 30an org utara berdasarkan loghat aka si puaka) mengesahkan iphone 5 masih ada stok.dia buka harga RM1900..setelah proses tawar menawar,si puaka tersebut bersetuju utk menjualnya pada harga RM1750. [Read more...]
Oh! Gagal Ujian Air Kencing Kerana Produk Kesihatan
Diharapkan korang sentiasa berhati-hati apabila mengambil sesuatu produk kesihatan atau untuk menguruskan badan. kisah ini baru sahaja terjadi kepada seorang kawan hari ini. Kerana inginkan keputusan yang cepat dalam menguruskan badan, dia gagal dalam ujian air kencing setelah meminum satu produk kopi yang dibuat di Thailand. Setelah disiasat rupa-rupanya kandungan kopi ini mengandungi heroin. [Read more...]
Oh! Kemalangan di persimpangan Bukit Ampang
Sebuah kemalangan berlaku di Jalan Hulu Langat – Ampang. Bas ni merempuh rumah kedai dan 4 lagi kenderaan yang parking di kawasan tersebut. Bas ini juga telah melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kerosakan yang teruk. Seingat kami ini bukan kali pertama kejadian yang sama terjadi malah sebelum ini lebih parah lagi apabila ada nyawa yang terkorban. Walaupun devider bertingkat telah diletakkan dipersimpangan ini, nampaknya tak mampu menahan kenderaan besar yang terbebas apabila menuruni jalan curam dari bukit ini. Apapun dalam kejadian ini, tiada penumpang yang cedera dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan. Hurm, no wonder Bukit Ampang ni amat terkenal dengan kawasan yang “keras” apabila waktu malam.
Lagi gambar.. [Read more...]





