Oh! 10 jenis Kucing paling popular dunia

Kucing adalah makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing adalah mamalia karnivor kecil yang dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu serangga perosak di dalam rumah. Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9,500 tahun dahulu, dan hinggalah kini kucing menjadi antara haiwan paling popular di dunia.

Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular untuk dititik-beratkan mengikut tujuan, kemahuan dan kemampuan pada kucing yang anda inginkan. Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak penjagaan dari pemiliknya. Kucing hanya harus teratur diberi makan dan mereka memerlukan tempat berlindung yang baik.

1. Persian cat

Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Pesian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia. Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia ( Iran ). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19 yang diperkenalkan pertama kali di Englan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua.
Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari. Bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi dan kadangkala tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman. [Read more...]

Oh! Pemandangan Indah di German

German atau Germany adalah sebuah negara yang sememangnya dikenali sebagai negara yang dipenuhi dengan tempat-tempat menarik yang menyediakan suasana yang di luar imiginasi kita. Berikut adalah 17 gambar tempat menarik di German yang menjadi sebab mengapa German perlu dijadikan sebagai sebuah lokasi untuk berbulan-madu dan juga melancong.

Lagi gambar.. [Read more...]

Oh! Hand-Made Cardboard Stationery Box

Kepada sesiapa yang banyak masa terluang tu, bolehlah cuba buat sendiri tempat letak barang-barang stationery ni dari kotak terbuang. Nampak macam senang tapi kalau kitorang la, rasanya tunggu dah bersara dan dah bosan sangat takde apa nak buat, baru kami refer balik artikel ni. Hahaha!


Kotak ni akan senang nak cantumkan kalau lubang tu dipotong dengan tepat.

Lagi gambar.. [Read more...]

Oh! Kemalangan Maut Nissan GTR R35 di Kuantan

KUANTAN – Empat maut manakala dua parah apabila dua buah kereta terbabas dan melanggar pokok di Jalan Haji Ahmad 1 menghala ke arah Semambu, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh dalam kemalangan pukul 4 pagi itu ialah pemandu kereta jenis Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpangnya, Bao Shanshan yang merupakan seorang warga China.

Manakala dua lagi yang maut ialah pemandu kereta jenis Nissan Skyline iaitu Go Haw Wei, 20, dan penumpangnya, Koay Khor Liang, 21. [Read more...]

Oh! Keanggotaan Dr Rozmey digantung selama 2 tahun

KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu. [Read more...]

Blog Widget by LinkWithin