Oh! Pengalaman Memandu Honda Insight Yang Awesome

  • Share
  • Sharebar
  • Share

honda insight

Saya telah diberi peluang untuk menghabiskan masa memandu Honda Insight selama 2 hari 1 malam di sekitar Petaling Jaya, Hulu Langat, Port Dickson dan Melaka. Memandu Honda Insight sedikit berbeza dan merupakan pengalaman baru bagi saya kerana ini kereta hybrid pertama yang saya pandu. Sebelum ini saya cuma mendengar saja tentang kehebatan kereta hybrid tetapi kali ini saya sendiri akan bercerita pengalaman saya memandu kereta hybrid Honda Insight .

Daripada segi penggunaan bahan api atau minyak, saya boleh katakan Honda Insight ialah kereta yang perlu diberi perhatian sekiranya anda ingin jimat duit minyak anda. Sepanjang perjalanan memandu Honda Insight bermula dari Petaling Jaya ke Port Dickson dan seterusnya Melaka dan pulang semula ke Petaling Jaya, penggunaan minyak hanyalah separuh daripada isian penuh. Saya sendiri terkejut dan kagum dengan kebolehan kereta Hybrid Honda Insight daripada segi penjimatan bahan api.

honda insight

Tetapi apa yang membuatkan saya tidak berapa gemar ialah sistem penghawa dingin turut dimatikan sekali dengan enjin apabila kereta berhenti. Contohnya ketika berhenti di lampu isyarat kerana Honda Insight dilengkapi dengan fungsi auto-stop dan auto restart bertujuan untuk menjimatkan penggunaan minyak. Kalaulah musim panas dan lampu merah terlalu lama sudah tentu berpeluh pemandu.

honda insight

Saya sudah biasa memandu pelbagai jenis kereta memandangkan ayah saya seorang jurujual kereta. Boleh saya katakan memandu Honda Insight tidak jauh bezanya dengan memandu model kereta Honda yang lain. Umum sedia maklum yang Honda memang terkenal dengan ciri-ciri pemanduan yang berkualiti.

Rekaan badan

Kebiasaannya orang ramai akan melihat kepada rekaan luaran sesebuah kenderaan sebelum membeli. Ramai yang suka akan rekaan Honda Insight dan tidak kurang juga yang mengatakan ianya hodoh. Honda Insight ialah kereta empat pintu dan terdapat dalam beberapa pilihan warna, putih, biru dan kelabu. Honda Insight mempunyai rekaan yang agak slick tapi tidaklah terbaik bagi saya. Secara peribadi saya sukakan warna putih kerana tampak elegan dengan gaya aerodinamiknya. Daripada pemerhatian saya, ramai wanita dan gadis lebih gemar kan warna biru.

honda insight

Kualiti binaan Honda Insight bagus seperti kereta Honda yang lain kerana kita tahu kereta buatan Jepun mempunyai kualiti binaan yang baik. Saya tidak dengar apa-apa bunyi yang pelik seperti bahagian-bahagian kereta yang longgar ketika memandu.

Prestasi

Tidak cukup syarat kalau uji pandu kereta tapi tidak menguji ke tahap maksimum. Honda Insight cuma kereta 1.3 liter seperti MyVi tapi dipasangkan dengan motor eletrik (1.3L i-VTEC engine + Integrated Motor Assist) dimana kemampuannya seperti kereta 1.6 liter. Secara logiknya lagi besar kapasiti silinder enjin lagi berkuasa sesuatu kenderaan. Dengan Honda Insight saya mampu cecah 170KM/h ketika memandu di lebuhraya. Saya tidak berminat untuk bercerita betapa lajunya kereta ini mampu pergi kerana Honda Insight bukan sebuah performance car. Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah fungsi kawalan elektronik pada enjin, pendikit, masa penyalaan dan suntikan bahan api, kebolehan enjin bertindak balas dengan corak pemanduan.

honda insight

Fungsi ini dikenali sebagai ECON mode pada Honda Insight. ECON mode bertindak mengawal enjin dan perisian kawalan CVT untuk mengabaikan perubahan kecil pada pendikit yang dibuat pemandu. Contohnya saya terpaksa tekan lebih pada pedal minyak untuk menambah kelajuan kereta. Fungsi ini bagus untuk memberikan kita pemanduan yang sekata.

Honda Insight juga dilengkapi dengan ECO Assist untuk penambahbaikan pada penggunaan bahan api. Ini boleh dilihat pada paparan muka Honda Insight. Latar belakang speedometer akan berubah warna. Biru bermaksud corak pemanduan anda teruk. Hijau bermaksud corak pemanduan anda mesra. Pemandu juga boleh melihat tentang penggunaan bahan api di atas graf bar yang dipaparkan pada paparan muka Honda Insight seterusnya memperbaiki pemanduan agar lebih ekonomi.

Semasa dua hari satu malam memandu uji Honda Insight saya lebih suka memandu dalam ECON mode kerana lebih lancar dan seronok. Dengan jalan yang berliku, turun-naik bukit saya mampu capai penggunaan minyak sebanyak 20KM/L. Agak susah untuk sentiasa memandu dalam keadaan Hijau tapi tips daripada saya pandu lah dengan kelajuan sekata.

honda insight

Memandangkan Honda Insight sebuah kereta Hybrid semestinya anda tertanya tentang kemampuan bateri yang diguna pakai. Jangan risau kerana bateri yang diguna pakai bermutu tinggi dan mempunyai 5 tahun waranti. Satu-satunya kereta yang mempunyai waranti bateri paling lama, Honda Insight.

Kawalan dan keselamatan

Dari aspek kawalan kereta, saya rasakan steering Honda Insight agak ringan apabila membuat pusingan. Apa yang saya maksudkan terlalu ringan bagi lelaki seperti saya. Saya lebih suka steering pada kereta Civic atau Accord. Namun kawalan kereta ini masih baik.

honda insight

Honda Insight juga di datangkan dengan brek antilock (front disc/rear drum), beg udara di bahagian hadapan kiri dan kanan dan juga dibahagian tepi. Kereta buatan luar memang tidak dapat dinafikan ciri-ciri keselamatan yang ada memang mantap. Sesuatu yang kita susah nak jumpa pada kereta tempatan.

Rekaan dalaman

Rekaan dalaman sesebuah kereta memainkan peranan penting memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Tinggi rendah seseorang pemandu tidak menjadi masalah kerana Honda Insight dilengkapi dengan steering boleh laras dan tempat duduk pemandu juga boleh dilaras mengikut ketinggian pemandu.

honda insight

Ruang tempat duduk belakang agak sempit bagi mereka yang tinggi. Jika anda pernah menaiki Gen2 anda faham apa yang saya maksudkan. Kepala anda mungkin terhantuk lantai bumbung jika melalui jalan yang tidak sekata. Tambahan pula, tempat duduk di bahagian belakang keras. Tidak ergonomik untuk penjalanan jauh.

Satu lagi masalah yang saya hadapi ketika memandu Honda Insight ialah memandang cermin belakang. Rekaan bahagian belakang Honda Insight yang mempunyai ‘split’ di bahagian tengah memberi sedikit gangguan ketika memandang cermin belakang. Keseluruhannya, saya sukakan rekaan bahagian dash Honda Insight tapi tidak pada bahagian belakang.

Kesimpulan
Honda Insight ialah kereta berteknologi tinggi dan harganya yang tidak terlalu mahal.

Pro:
Harga yang berpatutan, penjimatan minyak yang bagus, pengalaman memandu yang menyeronokkan.

Con:
Tempat duduk belakang kurang ergonomik, enjin yang sedikit bising apabila memecut.

honda insight

Rujukan anda: Respon di Facebook Oh! Media (album) | Respon di Facebook Oh! Tidak

Share artikel ini di FB
* Jika anda merasakan entri ini amat kool untuk dikongsi, berkongsilah dengan teman yang lain di Facebook menggunakan fbshare di atas ini.
This entry was posted in Promosi and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.
Hands Bag Galore
elzahraa
Post comment as twitter logo facebook logo
Sort: Newest | Oldest
AreDique 5 pts

tumpang tanye..honda insight ni guna tenaga elektrik jugak kn?maknanya kena cas sntiasa la ek?klu mcmtu,tenaga elektrik jimat ke atau hi sket dr biasa??

aku test drive ari tu x mati pun aircond bila berenti kat trafic lite. 3 kedai aku test drive

Ismailfelix 5 pts

Honda Hybrid merupakan kereta yang telahpun diuji pakai di merata dunia semenjak tahun 1980 an lagi di UK dan improvemen nya dibawa ke era tahun 2000 onwards.

Tidak dinafikan Honda insight merupakan kereta yang mudah memperolehi spare parts berbanding toyota prius.(Rujuk Ebays dunia)banyak parts yang dijual secara on line berbanding Toyota.

Overall penjimatan sekiranya memandu secara berhekmah insyaalah boleh dapat 20km-22km untuk setiap litter.

Dan lagi jenama Honda sendiri telah memartabatkannya diseluruh dunia berbanding beberapa kereta hanya popular disebahagian negara. kesimpulan nya U must know what U want.

pengkritikSpy 5 pts

walaupun penggunaan bahan bakar menjimatkan, kos maintenance n harga kereta terlalu mahal bagi kebanyakan org di malaysia, org kaya jer yg mampu nk pakai kereta ni.

mat tayar 5 pts

pengkritikSpy Org kaya je yag boleh pakai, kalau mcm tu jadilah kaya...amin

ZharifFitri 6 pts

oh tidak buat la komen facebook..xbest komen blog cmni...

avenoah 5 pts

bagaiman pula Toyota Prius? sama tak ngan honda insight ni?

Ismailfelix 5 pts

Hi,Teknology lebih kurang.Prius mempunyai kelebihan dari segi kuasa engine.1.8CC VS 1.3 CC,segi harga berbeza sebanyak RM40,000.Segi waranty batery Honda 5 tahun dan prius 3 tahun.Honda 100% dibuat di jepun,Toyota prius di pasang di Thailand.Segi spare parts prius memang tinggi sikit ,contohnya battery RM 18,000 berbanding Honda RM8,000.Segi nilai dan teknology serupa tapi berbeza jenama.BTW untuk Toyota Lexus Hybrid iannya mengunakan engine yang sama tapi Harganya ialah RM170K berbanding toyota prius RM140K.sama-samalah kita fikirkan......pilihan ditangan anda avenoah

Budak Nakal Blogspot 7 pts

dapatkah aku memilikinya...jeng jeng jeng...

MizLynaIbrahim 6 pts

mostly i nmpk pompuan yg pkai insight ni..

HanifHarun 5 pts

btw engine diesel macam citroen xantia mungkin boleh jimat lagi mintak .. bila la Golf Diesel nak masuk Malaysia http://www.vw.com/en/tdi/golf.html

azraffi 5 pts

walaupon jimat..tapi hi maintainance...hampeh..kesimpulan..same jerk..penjimatan duit minyak...di bawa ke servis kerete...sekian

Ismailfelix 5 pts

SALAM U ARE WRONG ABOUT THIS CAR.Kita letak diri kita pada ape keretapun kalau tak jaga apapun akan cepat rosak.FYI saya pakai kereta nie lebih kurang 8 bulan.Jawapanya bergantung kepada cara pemanduan.sayapun pernah mempunyai kereta nasional dan continental seperti audi A6 tapi kalu dimabil kira segala purata termasuk penjagaannya insyaalllah.Servis kereta ini average RM200 setiap5000KM dengan menguna fully scientitic.penjimatan RM10 untuk setiap 100KM.Dan jangan lupa kerajaan memberi subsidi sebanyak RM30k untuk impot duty.Harga asal RM135K.wasallam

azraffi

Conversation from Facebook

Linda Loo
Linda Loo

good and best car is hybrid....pasal enjin tak memacu tayar ,tapi motor....bergerak seperti tiada nya kereta..

LH Network Services
LH Network Services

wahh cr-z baru kuar kan??

Shaffiq Bhr
Shaffiq Bhr

CR-Z la bestt !

Mohd Azraffi
Mohd Azraffi

jimat minyak...tapi hi maintainance..

Muhamad Fakhrurazi Massailan
Muhamad Fakhrurazi Massailan

cockpit die x beshla..mcm plastic sgt. dari interface aircond ngn radio meter plastic2 belaka..