
Kami diminta untuk berkongsi sebuah artikel dari rakyat biasa yang kami rasakan ada banyak betulnya tentang respon berkenaan I-City di Shah Alam. Bukanlah kita nak kata benda tak perlu bayar sebab semua orang pun faham dengan kos pembinaan, kos maintenance dan pelbagai lagi kos yang ada, tapi bila pelawat dah bayar, kita kenalah pastikan yang mereka berpuas hati dan tiada hidden charge bagai menipu pengunjunt yang datang. Anda bacalah sendiri rintihan berikut:

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit….
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara ‘as per term and condition’, juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City. [Read more...]



