Kanser merupakan sejenis penyakit yang amat ditakuti manusia. Penyakit yang ada ubatnya tetapi tidak ramai pengidap penyakit ini yang bertuah. Rata-rata dari pesakit hanya mengetahui yang dirinya menghidapi kanser hanya selepas kanser’nya telah sampai ke tahap berbahaya.
Pelbagai ubatan moden yang dapat kita jumpa hari ini. Tetapi bila kita renungkan semula bagaimana orang dulu-dulu kelihatan sihat dan dapat mengubati penyakit seperti ini? Jawapannya mereka lebih gemar menggunakan ubatan tradisional dan herba dari tumbuh-tumbuhan berbanding ubat-ubatan moden yang digunakan pada hari ini.

Pernah lihat tumbuhan ini? Keladi Tikus atau nama saintifik’nya, Typhonium Flagelliforme telah terbukti menyembuhkan pesakit kanser seperti kanser payudara, kanser kolon, kanser rektum, kanser hati, kanser prostat, leukemia, serviks dan kanser paru-paru, dan ya, ia juga boleh menyembuhkan penyakit buasir.
“… Sehingga kini (Ogos, 1998) herba ini telah terbukti dalam membantu 800 pesakit tempatan dan luar, termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia.” – Prof. KH Teo C, USM, Pulau Pinang.
Herba ini telah mendapat pengiktirafan dari para doktor yang bertauliah tetapi sayang ianya kurang digunakan memandangkan rangkaian ubatan moden pada hari ini perlu digunakan agar pasaran perubatan moden tidak mengalami kerugian. Banyak penyakit boleh diubati dengan mudah menggunakan apa yang telah sedia ada pada tumbuhan disekeliling kita, namun imej baik ubatan moden yang selalu dipertontonkan langsung mengetepikan kemujaraban perubatan tradisional dari herba tumbuhan ciptaan Illahi. [Read more...]

