Oh! Murid Sekolah Maut Dilanggar Peronda Polis

ohtidak-polis-langgar-budak-1

Minggu lalu kami ada memaparkan gambar sebuah kereta peronda polis yang ranap di bahagian hadapan di Facebook Pages Oh! Media (gambar di atas). Di dalam gambar tersebut juga ada sebuah basikal yang turut rosak teruk. Ini adalah kisah sebenar apa yang berlaku. [Read more...]

Oh! Kemalangan Maut di Federal Highway (18+)

ohtidak-kemalangan-federal-highway-9_o

Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4:50 pagi tadi (21 April 2013) di KM 10.6 Lebuhraya Perseketuan berhampiran Batu 3, Shah Alam, kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan 5 mangsa maut ditempat kejadian. [Read more...]

Oh! Surat Cinta Penunggang Motosikal Kepada Pemandu Kereta

Sering kita lihat kemalangan yang melibatkan dua pihak antara motosikal dan kereta di mana selalunya penunggang motosikal akan lebih parah berbanding pemandu kereta atau lebih menyedihkan lagi, penunggang motosikal selalunya akan menjadi mangsa korban. Adakah benar penunggang motosikal tidak mempunyai disiplin di atas jalanraya? Ya mungkin juga benar tapi usah melabelkan sikap seperti itu kepada semua yang menunggang motosikal kerana apa kurangnya dengan yang memandu kereta malah lebih teruk lagi. Banyak terjadi pemandu kereta tidak mengambil-berat akan kewujudan penunggang motosikal di atas jalanraya di mana selalu alasan yang didengar, mangsa yang menunggang motosikal tidak disedari oleh pemandu.

Ini adalah yang kami gelarkan “Surat Cinta” yang diambil dari perkongsian di Facebook dan ditujukan kepada semua pemandu kereta di Malaysia terutamanya yang seumur hidupnya hanya memandu kereta dan tidak pernah sekali pun merasai pengalaman menunggang motosikal.

ohtidak-kemalangan-motosikal

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggangmotor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak. [Read more...]

Oh! Kemalangan di persimpangan Bukit Ampang

Sebuah kemalangan berlaku di Jalan Hulu Langat – Ampang. Bas ni merempuh rumah kedai dan 4 lagi kenderaan yang parking di kawasan tersebut. Bas ini juga telah melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kerosakan yang teruk. Seingat kami ini bukan kali pertama kejadian yang sama terjadi malah sebelum ini lebih parah lagi apabila ada nyawa yang terkorban. Walaupun devider bertingkat telah diletakkan dipersimpangan ini, nampaknya tak mampu menahan kenderaan besar yang terbebas apabila menuruni jalan curam dari bukit ini. Apapun dalam kejadian ini, tiada penumpang yang cedera dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan. Hurm, no wonder Bukit Ampang ni amat terkenal dengan kawasan yang “keras” apabila waktu malam.

ohtidak-kemalangan-bukit-ampang

Lagi gambar.. [Read more...]

Oh! Meninggal dunia kerana katak dalam kereta

ohtidak-katak-dalam-kereta-2

Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah. [Read more...]

Blog Widget by LinkWithin