
Akhirnya selesai sudah perlawanan yang dinanti-nantikan. Perlawanan akhir untuk Sukan Sea ke-26 yang berlangsung di Indonesia. Perlawanan akhir bola sepak ini menemukan Malaysia dan Indonesia. Setelah seri satu sama sehingga minit ke-90, perlawanan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit tetapi kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol kemenangan. Akhirnya pemenang ditentukan melalui sepakan penalti yang penuh debaran.
Untuk yang tak sempat menyaksikan bagaimana sepakan penalti berlangsung dan secara rasmi memberi kemenangan kepada Malaysia, video ini untuk anda.
Kemenangan Malaysia ini pastikan memberi satu tamparan hebat kepada ramai penyokong Indonesia di luar sana. Seperti biasa, perang cyber pastinya akan bermula setiap kali pertemuan dua pasukan yang selalu sahaja berbeza pendapat ini. Setakat artikel ini kami tulis, telah 3 website dilaporkan digodam oleh mereka. [Read more...]



