Mungkin dalam masa 2 bulan ini, anda boleh menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang benar-benar bertuah kerana dapat memiliki sebuah Volkswagen Golf TSI atau beberapa hadiah lain berjumlah RM180,000 secara percuma tanpa pernah bermimpi. Ini berikutan P1 Wimax kini sedang melancarkan satu peraduan jangkamasa pendek untuk 2 bulan bagi menghargai pelanggan mereka yang memilih P1 sebagai kegunaan harian untuk melayari internet. Peraduan “iPunya Beli & Menang” adalah satu peraduan yang patut anda tahu dan sertai kerana ianya amat mudah dan menyediakan hadiah yang amat lumayan!
Sedikit maklumat yang ingin kami kongsikan, Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd atau P1 adalah anak syarikat Green Packet Berhad dengan operator utama Korea Selatan, SK Telecom sebagai pemegang saham kedua terbesar merupakan syarikat telekomunikasi 4G pertama dan utama Malaysia. 4G P1 mewakili komersial berskala besar pertama melancarkan rangkaian WiMax 4G 802.16e 2.3GHz di luar Korea.
Walaupun LTE masih di peringkat awal di Malaysia, P1 sudah bersedia untuk memacu transisi dan menggunakan LTE 4G melalui perkongsian strategik dengan para penyokong terbesar LTE dunia iaitu Qualcomm International, China Mobile Limited dan diterima oleh Inisiatif Global TD-LTE elit yang merangkumi lebih dari separuh potensi pasaran dunia. Matlamat P1 adalah untuk menjadi jambatan kepada jurang digital dengan memberi akses kepada internet sejagat, di mana-mana dan mampu dimilik oleh setiap rakyat Malaysia.
Kami sendiri punya pengalaman menggunakan P1 selama lebih 3 tahun untuk membangunkan Oh! Media dan sehingga kini masih digunakan di pejabat urusan kami di Desa Pandan. Seperti biasa, jika kena dengan lokasinya (coverage area), sememangnya P1 merupakan salah-satu pembekal internet yang paling releven dan terbaik sekali untuk digunakan. Apa yang paling kami suka tentang P1, ianya boleh di bawa ke mana-mana (wireless) dan bukan hanya boleh digunakan di pejabat kami sahaja seperti talian internet tetap lain (wired).
Memandangkan rakyat Malaysia kini sangat fleksibel untuk bekerja di luar dan punya rasa tidak senang untuk online menggunakan public WiFi, P1 sememangnya satu solusi yang paling berkesan sebagai penyelesaian. P1 mampu memberikan capaian internet terbaik dengan harga yang sangat berpatutan berbanding para pembekal lain. [Read more...]


